PUTRAJAYA :Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan pemantauan di beberapa negeri di Pantai Timur mendapati wujud kenaikan harga sayur-sayuran terutamanya tomato dan sawi.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ia disebabkan perubahan cuaca yang melampau dan musim tengkujuh yang melanda di negeri berkenaan.
"Antara barangan yang menunjukkan peningkatan adalah sayur-sayuran seperti tomato dan sawi. Harga bawang yang diimport daripada pelbagai negara pengeluar menunjukkan berlakunya penurunan harga.
"Hasil pemeriksaan aduan berhubung kenaikan harga barangan mendapati, berlakunya peningkatan harga barangan keperluan tersebut disebabkan oleh musim tengkujuh yang melanda di negeri-negeri Pantai Timur.
"Ia menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut dan faktor perubahan cuaca yang terlampau sejuk di negeri pengeluar bekalan utama sayur-sayuran seperti di Cameron Highlands yang menyebabkan kualiti dan kuantiti hasil sayur-sayuran berkurangan," katanya dalam kenyataan media pada Rabu.
Sehingga kini, 258 premis peruncit dan pembekal telah diperiksa di beberapa negeri di Pantai Timur menerusi Op Pasar 2021 (sayur-sayuran).
Jelasnya lagi, pemeriksaan melibatkan 743 barangan, antaranya lima sayur-sayuran utama iaitu tomato, cili merah (minyak dan Kulai), lobak dan kubis bulat.
"Sebanyak 246 notis bertulis telah dikeluarkan kepada peniaga untuk memantau aktiviti kenaikan harga yang berlaku dan mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan.
"Hasil daripada pemantauan awal tersebut didapati memang ada berlakunya kenaikan harga barangan bagi barang basah termasuk sayur-sayuran," jelasnya lagi.
Selain itu, KPDNHEP turut memantau harga jualan minyak masak pelbagai jenama bagi botol (isipadu) 2, 3 dan 5 kilogram di pasaran.
"Walau bagaimanapun, sehingga 19 Januari 2021, sebanyak 750 premis telah diperiksa yang meliputi 558 peruncit, 163 pemborong dan 29 pengilang bagi memastikan kedudukan bekalan 11 jenis barangan keperluan asas mencukupi di pasaran.
"11 barangan keperluan yang dipantau keberadaan bekalannya adalah gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, sayur-sayuran, ayam, telur, bawang dan pelitup muka," katanya lagi.
KPDNHEP akan terus memantau bekalan dan harga barangan di pasaran di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2021 khususnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua ini.
Kementeriannya jelas Alexander, akan diambil tindakan tegas terhadap mana mana peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan keperluan terhadap pengguna.
Fareez Azman
Wed Jan 20 2021

Alexander Nanta Linggi berkata peningkatan hargadisebabkan perubahan cuaca yang terlampau dan musim tengkujuh di negeri Pantai Timur. - Astro AWANI / Shahir Omar
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.

Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.

4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.

Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.

Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.

Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.

Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.

MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.

Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.

"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).