KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa dua pertuduhan berkaitan rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa yang dikemukakan terhadap bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan adalah teratur dan lengkap.
Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi berhujah bahawa kedua-dua pertuduhan berkenaan tidak cacat, sebaliknya jelas dan boleh difahami.
"Seksyen 153 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) menyatakan tarikh dan masa hendaklah dinyatakan dalam pertuduhan. Dalam pertuduhan pertama, masa telah dinyatakan iaitu sekitar April 2022 manakala pertuduhan kedua masa dinyatakan pada Julai hingga September.
Pihak pembelaan juga telah dibekalkan dengan dokumen serta notis yang mencukupi bagi membolehkan mereka menyediakan pembelaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada prosiding pendengaran permohonan Wan Saiful untuk mengetepikan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa yang dihadapinya di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Selain itu, Rasyidah Murni berkata permohonan Wan Saiful adalah tidak berasas dan pramatang kerana saksi-saksi pendakwaan masih belum memberi keterangan.
"Sehubungan itu, pihak kami memohon mahkamah menolak permohonan ini memandangkan ia tidak mempunyai alasan yang kukuh dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah," katanya.
Peguam Amer Hamzah Arshad mewakili Wan Saiful pula berkata kedua-dua pertuduhan terhadap anak guamnya adalah cacat kerana tidak menyatakan secara khusus tarikh kesalahan dilakukan.
"Dalam pertuduhan itu hanya menyebut sekitar bulan tertentu tanpa mengemukakan butiran yang lengkap bagi kesalahan yang dipertuduhkan terhadap anak guam saya," katanya.
Dalam pada itu, Amer Hamzah berkata pertuduhan itu juga tidak berasas berdasarkan Seksyen 173 (g) KTJ yang menyebabkan pihak pembelaan dinafikan hak untuk mengemukakan pembelaan dan alibi.
"Isu berhubung pertuduhan tidak berasas ini bukan sesuatu yang bersifat pramatang kerana ia boleh dikemukakan pada bila-bila masa sebelum mahkamah membuat keputusan di akhir kes pendakwaan.
Pada peringkat ini, kami tidak memohon tertuduh dibebaskan daripada pertuduhan, tetapi mahkamah mempunyai kuasa untuk meneliti sama ada pertuduhan itu teratur mengikut peruntukan dalam Kanun Tatacara Jenayah," kata peguam itu.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Rozina menetapkan 21 Julai ini untuk keputusan permohonan itu.
Wan Saiful, 48, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek "Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur" daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232 juta.
Beliau juga dituduh menerima bagi dirinya suapan wang tunai berjumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek itu.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini, pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini antara 8 Julai 2022 hingga 30 Sept 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
![Pertuduhan rasuah terhadap Wan Saiful teratur, lengkap - Pendakwaan Pertuduhan rasuah terhadap Wan Saiful teratur, lengkap - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687864696_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Rozina menetapkan 21 Julai ini untuk keputusan permohonan itu. - Gambar fail/Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
!['Saya harap diberi keputusan adil' - Muhyiddin 'Saya harap diberi keputusan adil' - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720511154_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
'Saya harap diberi keputusan adil' - Muhyiddin
'Saya harap diberi keputusan adil' - Muhyiddin
![Jana Wibawa: Muhyiddin tiba di Mahkamah Putrajaya Jana Wibawa: Muhyiddin tiba di Mahkamah Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720488592_MuhyiddinYassin.jpg)
Jana Wibawa: Muhyiddin tiba di Mahkamah Putrajaya
Beliau tiba pada jam 8.35 pagi diiringi Mohd Radzi Md Jidin dan Mohamed Azmin Ali.
![Ada transaksi kemasukan wang RM78,800 daripada Wan Saiful & Associates Sdn Bhd - Saksi Ada transaksi kemasukan wang RM78,800 daripada Wan Saiful & Associates Sdn Bhd - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711383258_TBWanSaiful.jpg)
Ada transaksi kemasukan wang RM78,800 daripada Wan Saiful & Associates Sdn Bhd - Saksi
Low, yang sebelum ini bertugas di Public Bank Berhad, Cawangan Sg Chua berkata akaun itu telah dibuka atas nama Tagami Auto Enterprise di bank Cawangan Sg Chua, pada 7 Jan 2008.
![Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Wan Saiful ditangguh ke 24 Jun Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Wan Saiful ditangguh ke 24 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718773678_WanSaifulWanJan.jpg)
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Wan Saiful ditangguh ke 24 Jun
Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan rasuah dihadapi Wan Saiful Wan Jan berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 24 Jun.
![Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh lagi ke 9 Julai Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh lagi ke 9 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711536682_AdamRadlan.jpg)
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh lagi ke 9 Julai
Selain 9 Julai, mahkamah turut mengekalkan tarikh perbicaraan pada 10 dan 11 Julai, 22 hingga 24 Julai dan 5 hingga 7 Ogos 2024.
![Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716282294_TBWANSAIFUL.jpg)
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
![Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698732480_AdamRadlan.jpg)
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini
Perbicaraan kes Adam Radlan yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 10 Jun.
![Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714397736_wansaifulwanjan.jpg)
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
![Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709956971_MuhyiddinYassin.jpg)
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
![Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711536682_AdamRadlan.jpg)
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.