SIBU: Sudah tiba masanya peraturan pergerakan rentas daerah dikaji semula bagi mereka yang menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19, kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dr Annuar Rapaee.
Bagaimanapun, beliau berkata beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan Majlis Keselamatan Negera (MKN) boleh membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.
Dr Annuar yang merupakan penyelaras JPBN Bahagian Sibu menjelaskan satu daripada faktor adalah jumlah kes COVID-19, yang menurutnya masih tinggi untuk membenarkan pergerakan rentas daerah.
Satu lagi faktor adalah vaksin Pfizer adalah 95 peratus berkesan dengan sesetengah individu memerlukan masa untuk membina antibodi mereka selepas dos kedua.
"Bilangan petugas barisan hadapan yang telah mengambil dos kedua ialah 129,000 di seluruh negara dan 19,000 di Sarawak. Ia masih sangat minimum," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan penonton yang disiarkan secara langsung di laman Facebook mengenai kemas kini mengenai COVID-19 di Sibu semalam.
Dr Annuar menggesa orang ramai di Sibu untuk terus bekerjasama dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi meratakan lengkung graf kes COVID-19.
Beliau berkata walaupun semua 31 zon di Sibu telah bertukar ke zon kuning semalam, lengkung itu masih belum benar-benar rata.
Sibu semalam merekodkan 33 kes positif COVID-19 manakala 80 pesakit telah discaj dari Hospital Sibu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 29 2021
Orang ramai di Sibu digesa untuk terus bekerjasama dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi meratakan lengkung graf kes COVID-19. - PDRM
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan
Lim memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan arahan membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary, semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
ASEAN 2025: PM yakin Malaysia mampu jadi tuan rumah terbaik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu menjadi tuan rumah terbaik sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
Suami isteri ditahan kerana biar anak tidur di kaki lima flat
Polis menahan sepasang suami isteri kerana tidak membenarkan anak lelaki mereka berusia 13 tahun masuk ke dalam rumah sehingga terpaksa tidur di kaki lima perumahan flat.
Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan enam individu disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai.
Agama, kaum sering disalah guna untuk manfaat kumpulan tertentu - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agama sering disalah guna untuk memanfaatkan kumpulan kecil tertentu akibat kejahilan atau salah faham.
Meta luaskan polisi untuk memadam posting menghina 'Zionis'
Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, mengumumkan peluasan polisi ucapan benci pada Selasa untuk memadam hantaran yang menyasarkan "Zionis" dengan cara menghina.
MCA harap pelajar gagal rayuan ke matrikulasi diberi peluang kedua
MCA berharap pelajar yang gagal dalam rayuan bagi memasuki program matrikulasi diberi peluang kedua untuk melanjutkan pengajian.
Pesara rugi lebih RM200,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Siasatan awal mendapati wanita itu berminat dengan tawaran menarik melalui skim pelaburan terbabit yang menjanjikan keuntungan 8,000 peratus daripada jumlah pelaburan.
Bekas pemilik syarikat dipenjara enam bulan sembunyi lebih RM1.3 juta wang milik wanita
Dia didakwa melakukan perbuatan itu sebuah premis di Sentul pada 19 April lepas mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mohd Na'im nafi terlibat mengajak masyarakat sertai kumpulan di media sosial
Mohd Na'im Mokhtar menafikan penglibatan dalam mengajak masyarakat menyertai mana-mana kumpulan di media sosial.