Kementerian Pendidikan Tinggi harus mengambil kira jaminan Borneonisasi seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 apabila memilih Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu.
"Saya telah membangkitkan perkara itu dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh pada mesyuarat Kabinet yang lepas dan beliau telah mengesahkan bahawa jawatankuasa pemilihan tidak mengemukakan apa-apa cadangan bagi pemilihan naib canselor UMS yang baharu," kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata perbahasan sekarang mengenai perkara pelantikan Naib Canselor UMS yang baharu hanya spekulasi.
"Sebagai pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah, saya telah menyampaikan kepada beliau (Idris) bahawa ia tidak boleh diterima bagi jawatankuasa pemilihan untuk memutuskan bahawa tiada calon anak jati Sabah yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Naib Canselor kerana dua naib canselor yang lepas ialah anak jati dari Sabah," kata beliau.
Walaupun mengakui bahawa untuk pemilihan bagi jawatan Naib Canselor, seorang calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik dan kemahiran yang terbukti dalam pengurusan, Ongkili berkata jaminan Borneonisasi yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 menyatakan bahawa dalam pelantikan jawatan kanan dalam perkhidmatan awam persekutuan, keutamaan perlu diberikan kepada pegawai terdiri daripada warga tempatan.
"Saya yakin bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi akan mematuhi jaminan MA63," kata beliau.
Menurut laporan dalam media, Lembaga Pengarah UMS telah mencadangkan dua calon bukan anak jati Sabah untuk mengambil alih daripada Datuk Dr Mohd Harun Abdullah, yang akan bersara bulan depan.
Netizen telah menyelar cadangan tersebut dan menyifatkan cadangan itu sebagai mengenepikan calon anak jati Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2017

ONGKILI: Perbahasan sekarang mengenai perkara pelantikan Naib Canselor UMS yang baharu hanya spekulasi. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Apa keistimewaan pertukaran status Sabah kepada wilayah? - Razeef Rakimin
Persoalan timbul apabila adakah pertukaran status berkenaan akan membawa impak positif kepada negeri ini seperti hak milik petroleum, hasil bumi dan sebagainya?

Pertimbang jaminan Borneonisasi dalam pelantikan Naib Canselor UMS - Ongkili
Idris Jusoh telah mengesahkan bahawa jawatankuasa pemilihan tidak mengemukakan apa-apa cadangan bagi pemilihan naib canselor UMS yang baharu.