GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berharap pihak berkuasa akan mengkaji semula hukuman yang lebih ketat bagi kesalahan pencemaran sumber air mentah untuk mengelakkan isu pencemaran itu berlaku di negeri ini, seperti yang menimpa Kuala Lumpur dan Selangor.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata setakat ini, kebanyakan kejadian pencemaran air mentah di Malaysia sebahagian besarnya disebabkan oleh kesilapan manusia, kecuaian, kejahilan dan/atau niat buruk.
"Sebagai langkah pencegahan tambahan, hukuman bagi pencemaran sumber air mentah perlu dikaji semula agar lebih ketat, untuk menggambarkan implikasi 'jenayah' yang membahayakan kesihatan dankesejahteraan berjuta-juta penduduk yang bergantung kepada bekalan air yang baik setiap hari.
"Untuk meminimumkan risiko berulang, semua tebing sungai sumber air mentah utama di Malaysia harus ditetapkan dengan jelas, dilindungi dan dikawal sebagai 'kawasan akses terhad'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau turut memohon agar cadangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dan aerotropolisnya dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat iaitu jauh dari tebing Sungai Muda, Kedah supaya tidak membahayakan kualiti air mentah.
"Air mentah dari Sungai Muda digunakan untuk menghasilkan air terawat kepada 1.78 juta penduduk di Pulau Pinang dan penduduk di negeri ini (Pulau Pinang) menggunakan air terawat PBAPP untuk minum, memasak, mandi, mencuci dan membersih setiap hari," katanya.
Beliau berkata kualiti air mentah yang diabstrak oleh PBAPP dari Sungai Muda, di hilir dari tapak projek yang dicadangkan, pasti akan terjejas oleh pelepasan air sisa setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021
Jaseni berkata, kebanyakan kejadian pencemaran air mentah di Malaysia sebahagian besarnya disebabkan oleh kesilapan manusia. - Gambar/ BERNAMA
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
LRA Bukit Pinang, LRA Pelubang berisiko hadapi gangguan operasi - SADA
SADA memaklumkan kekeruhan itu disebabkan oleh hujan lebat berterusan.
LRA Bukit Pinang Fasa 1 dihenti tugas akibat banjir - SADA
Henti tugas LRA itu menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Kota Setar dan sebahagian daerah Kubang Pasu melibatkan kira-kira 35,000 akaun pengguna.
Gangguan bekalan air di Muallim pulih sepenuhnya petang ini
Gangguan bekalan air melibatkan ribuan pengguna di daerah Muallim akibat paip pecah disebabkan bencana kepala air di Ulu Slim dijangka pulih sepenuhnya petang ini.
Insiden kepala air: Gangguan air tidak berjadual di Hulu Selangor, Sabak Bernam
Sebahagian kawasan di Daerah Sabak Bernam dan Felda Gedangsa, Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Bernam.
Paip pecah: LRA Merbau Chondong henti operasi, 33,094 akaun terjejas
LRA Merbau Chondong, Machang terpaksa dihenti tugas berikutan paip air mentah yang bergaris pusat 1,100 milimeter (mm) pecah kesan daripada kerja-kerja pembaikannya.
Mesyuarat bersepadu bincang hasil siasatan pencemaran sungai di Selangor akan diadakan
Satu mesyuarat bersepadu akan diadakan minggu ini bagi membincangkan tindakan susulan berhubung isu pencemaran sungai di Selangor.
Selangor kesan 50 kes pencemaran sumber air
Kira-kira 50 kes pencemaran sumber air dikesan berlaku di Selangor sepanjang tahun ini.
Pencemaran bau di Sg Kundang, Sg Sembah: Dua individu ditahan
JAS jalankan siasatan ke sebuah premis yang disyaki memproses bahan akrilik di kawasan perindustrian Jalan Kampung Orang Asli, Kuang, Rawang.
'Hidup di Selangor keras' - Warga maya kongsi keluhan gangguan air berulang
Gangguan air berulang disebabkan pencemaran sungai menyebabkan beberapa pengguna di Selangor meluahkan keluhan di media sosial.
Gangguan bekalan air di Selangor pulih 14.3 peratus
Gangguan bekalan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah di Selangor pulih sebanyak 14.3 peratus setakat 9 pagi tadi.