KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan hak bersuara untuk rakyat negara ini, namun, ia haruslah berdasarkan undang-undang sedia ada.
Beliau berkata, kebebasan bersuara tidak boleh sehingga sampai ke tahap menyebarkan fitnah dan mengeluarkan tohmahan tidak berasas.
"Kita tetapkan batas, saya sendiri sebagai seorang ahli politik, Ahli Parlimen dan sekarang Menteri, memang mempertahan hak bersuara, tapi bila kita teliti undang-undang termasuk undang-undang lain seperti Akta Komunikasi dan Multimedia, memang ada batas-batas di mana sekiranya dilakukan juga (kesalahan) ada tindakan undang-undang.
"Biarlah apa kita sebut itu berasas dan boleh dipertahankan di mahkamah," katanya dalam sidang media selepas menghadiri taklimat dan membuat lawatan di Angkasapuri, Jabatan Penyiaran Malaysia hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mentek.
Sehubungan itu, Fahmi berkata, antara fokus kementeriannya kali ini ialah menjalin kerjasama erat antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan penyedia platform media sosial, dalam memastikan hasrat kerajaan untuk menjaga hak bersuara, namun pada masa sama memastikan batas undang-undang sentiasa diawasi dan dipatuhi.
"Sekiranya berlaku perlanggaran (undang-undang) maka perlu ada tindakan," katanya.
Sementara itu, beliau yakin isu pembangunan Angkasapuri Kota Media, akan dapat diselesaikan segera dan dijangka siap suku pertama atau awal suku kedua 2023.
Bagi isu melibatkan projek sakit membabitkan bangunan RTM Langkawi dan RTM Bintulu, Fahmi yakin ia akan dapat diselesaikan secepat mungkin, menerusi pertemuan yang akan diatur dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam masa terdekat.
"Ini melibatkan duit rakyat. Saya kurang suka sekiranya ada projek sakit dan saya percaya ini akan dapat kita tangani dengan baik," katanya.
Fahmi berkata, fokus beliau sebagai menteri ketika ini ialah memastikan Jabatan Penyiaran bersedia untuk masa hadapan, selain meminta jabatan itu meneliti usaha bagi menambah baik dan memperkasa kandungan media tradisional serta platform dalam talian, bagi memastikan mesej kerajaan dapat disampaikan dengan lebih baik.
Beliau berkata, sebagai lidah rasmi Kerajaan Perpaduan, Jabatan Penyiaran juga perlu mengangkat isu-isu dibawa atau penyelesaian diusahakan Jemaah Menteri dan kerajaan, terutama dalam isu kos sara hidup dan urus tadbir yang baik, selain aspek pengurangan pembaziran atau ketirisan.
Ditanya berhubung buli siber, Fahmi berkata, ia merupakan isu yang serius serta memberi impak kepada kesihatan mental, di mana kementeriannya akan melihat keperluan untuk melihat semula undang-undang sedia ada.
"Jadi saya mahu tidak lama lagi untuk kemungkinan melihat kepada undang-undang sedia ada dan mungkin, sebarang kekurangan yang ada dan melihat apa yang kementerian ini boleh lakukan bagi memastikan persekitaran terutamanya dalam talian menjadi lebih kondusif," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan hak bersuara untuk rakyat negara ini, namun, ia haruslah berdasarkan undang-undang sedia ada. - Gambar BERNAMA
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Pertahan hak bersuara, namun ada batas - Fahmi Fadzil
Kebebasan bersuara tidak boleh sampai ke tahap sebar fitnah dan mengeluarkan tohmahan tidak berasas.
Tiada kompromi terhadap pihak bangkit isu sensitif - Muhyiddin
Kerajaan tidak menyekat hak bersuara rakyat, namun maklumat yang dikongsi perlulah disahkan kebenarannya bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang menimbulkan fitnah dan kebencian.
Akta baru perlu wujudkan keseimbangan antara kebebasan bersuara dan keamanan negara
Akta baru yang ingin diwujudkan bagi mengantikan Akta Hasutan 1948 [Akta 15] perlu mewujudkan sebuah keseimbangan terbaik dalam menjamin kebebasan atau hak setiap individu untuk bersuara.
Himpunan bantah ICERD tidak perlu diadakan - Muhyiddin
Beliau berkata sebarang tindakan untuk meneruskan perhimpunan itu adalah tidak munasabah.