Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan isu sensitif menerusi penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak menyekat hak bersuara rakyat, namun maklumat yang dikongsi perlulah disahkan kebenarannya bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang menimbulkan fitnah dan kebencian sehingga menyebabkan rakyat merusuh.
"Terdapat garis yang halus antara kebebasan bersuara dengan ucapan yang menggalakkan kebencian dan keganasan," katanya semasa berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.
Dalam hal itu, katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu dilihat lebih tegas dalam mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang cuba mengeruhkan keadaan dalam negara.
"Tindakan yang diambil perlu adil tanpa mengira siapa atau latar belakang individu-individu yang cuba untuk memainkan isu sensitif dengan bertujuan untuk memporak-perandakan negara," katanya, yang memberi amaran tegas serta mengarahkan PDRM tidak bertolak ansur dalam keadaan sedemikian.
Muhyiddin berkata kerajaan khususnya KDN sedang berhadapan dengan pelbagai isu terutama yang melibatkan agama, bangsa dan institusi diraja (3R) yang telah disensasikan dengan tujuan untuk menggugat kerajaan baharu supaya dilihat tidak melindungi ketiga-tiga aspek tersebut.
"Isu ini semakin hangat apabila tindakan kerajaan dipertikaikan seolah-olah kerajaan gagal melaksanakan fungsinya.
"Saya percaya peranan kita terutama warga KDN sangat penting bukan sahaja sebagai agensi penguat kuasa malah berperanan penting dalam memberi kefahaman kepada rakyat untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar," katanya.
Dengan peningkatan penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat daripada 86.3 peratus pada 2017 kepada 96.5 peratus pada 2018, penggunanya seharusnya lebih beretika dan bertanggungjawab dengan tidak menyalahgunakan platfom itu untuk memanipulasi maklumat, menularkan berita palsu dan fitnah yang hanya akan mengelirukan pemikiran masyarakat, katanya.
Mengenai pencapaian KDN, Muhyiddin berkata kementerian itu telah mencapai penarafan lima bintang dalam prestasi pengurusan kewangan dengan skor 94.84 peratus pada tahun 2018 berbanding 88.38 peratus pada tahun 2017.
Katanya KDN juga telah mencapai tahap cemerlang dalam Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan iaitu kekal lima bintang dari tahun 2018.
Dari segi pencapaian setengah tahun Indikator Prestasi Menteri (MPI) 2019 pula, KDN mencapai 90.80 peratus sehingga 30 Jun lepas, katanya.
"Daripada 27 aktiviti yang telah ditetapkan, 20 aktiviti yang melebihi 80 peratus dan lima aktiviti berada di antara 50 hingga 70 peratus dan dua aktiviti hanya akan dinilai pada penghujung tahun," katanya.
Muhyiddin berkata beliau percaya semua Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan pada tahun ini akan dapat dicapai seperti yang disasarkan berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 03 2019
Muhyiddin percaya semua KPI yang ditetapkan pada tahun ini akan dapat dicapai seperti yang disasarkan berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan sebelum ini. --fotoBERNAMA
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
AI bukan ancaman kepada industri media - Wartawan veteran
Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri media tidak harus dilihat sebagai satu ancaman.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.
Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu
Lokman Noor Adam kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lepas.
Polis sahkan video tular kejadian culik kanak-kanak di Labu adalah palsu
Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap pemilik akaun yang memuat naik video tersebut yang boleh menggugat keamanan awam.