SHAH ALAM: ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar, 30, mengesahkan segala perselisihan faham dengan keluarganya kini telah selesai.
Menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin, aktivis yang aktif dalam misi banjir itu turut menjelaskan hubungan dengan keluarganya telah pulih dan kembali seperti sebelum ini.
Hantaran terbaharu itu juga turut disertakan bersama dua keping gambar Azwan bersama isteri, kedua ibu bapanya dan ahli keluarga yang lain.
"Alhamdulillah segala perselisihan faham telah diselesaikan dan kami menjadi seperti dahulu kembali.
"Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan saya wakil dari seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi.
"Saya berharap tiada lagi kecaman atau isu yang akan dikeluarkan. Biarlah apa yang berlaku dan apa yang kami bincangkan menjadi rahsia antara keluarga kami, terima kasih dan maaf sekali lagi kepada semua," katanya.
Jelas Azwan, dia berharap tiada lagi persoalan atau pertanyaan tentang isu berkenaan kepada ibu bapanya.
"Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja.
"Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban dan bukan keluarga saya," jelasnya.
BACA: Silap saya sebab teruskan - Abang Viva
BACA: Abang Viva, tunang selamat diijabkabulkan
Azwan menambah, majlis perkahwinannya akan diadakan pada hujung tahun ini.
"Insya-ALLAH, majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan Disember tahun ini," ujarnya.
Azwan dilapor selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Evanoza Zakaria di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Ayer Keroh, Melaka pada 14 Oktober lalu.
Berita gembira itu telah dikongsikan Azwan bersama orang ramai menerusi penstriman secara langsung pada malam Khamis namun disimpan sebagai tetapan peribadi.
Azwan berkata, tiada niat untuk menyembunyikan perkara baik itu namun memandangkan dia dan isteri mempunyai niat yang sama untuk melakukan kebajikan dia mengambil keputusan memaklumkan perkara itu bagi mengelakkan fitnah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 24 2022

Gambar dikongsi Azwan (berdiri, kiri) bersama isteri, kedua ibu bapanya dan ahli keluarga yang lain. - Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perselisihan faham Abang Viva, keluarga selesai
Menerusi hantaran di Facebook, aktivis itu menjelaskan hubungan dengan keluarganya telah pulih dan kembali seperti sebelum ini.