DOHA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menyatakan keyakinannya untuk melaksanakan lebih banyak pembaharuan dalam kerajaan, berikutan persefahaman yang kukuh dalam kalangan semua pihak di bawah Kerajaan MADANI.
Walaupun pada permulaan penggalnya Kerajaan MADANI berhadapan dengan skeptisisme, beliau berkata, semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
"Dan saya rasa, penghargaan perlu diberikan kepada parti yang saya pimpin dan gabungan itu, termasuk gabungan dari Sarawak dan Sabah.
"Saya katakan, sudah satu setengah tahun, tiada siapa dan tanpa keterlaluan, tiada seorang pun daripada mereka (gabungan) cuba dan datang kepada saya dan berkata, tidak Anwar, perlahankan tindakan terhadap antirasuah ini, atau kami akan menolak pembaharuan ini atau...Tiada!
"Jadi sebab itulah saya boleh melakukannya dengan penuh semangat dan keyakinan, dan saya percaya Malaysia boleh meneruskannya (pembaharuan)," katanya semasa syarahan umum di Perpustakaan Kebangsaan Qatar, Universiti Hamad bin Khalifa, di sini.
Sambil mengucapkan rasa syukur, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, pada permulaan pembentukan gabungan itu, beliau berkata setiap parti terlibat berbincang mengikut prinsip masing-masing.
"Tiada seorang pun dari mereka bercakap mengenai kedudukan mereka, mereka mahukan menteri ini, berapa menteri, tiada, kerana mereka kenal saya. Jika mereka letakkan syarat, saya akan katakan tiada perbincangan.
"Tetapi saya mesti berikan kredit kepada mereka kerana mereka hanya memerlukan jaminan tertentu," kata Anwar dan menambah, ini termasuk mengiktiraf hak majoriti Melayu dan raja berperlembagaan, seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan sama ada usaha untuk pembaharuannya itu menghadapi kesukaran semasa memimpin Kerajaan MADANI, yang disokong oleh banyak parti komponen.
Turut hadir pada syarahan umum itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga Timbalan Presiden UMNO; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Perdana Menteri kini sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Qatar, yang merupakan lawatan sulungnya ke negara Teluk itu, selepas mengangkat sumpah pada 24 Nov 2022.
- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024
Anwar menyampaikan syarahan umum di Perpustakaan Kebangsaan Qatar di Universiti Hamad Bin Khalifa, pada Isnin. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Korea
Kunjungan Perdana Menteri ke negara itu atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Lawatan sulung ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion - PM Anwar
Lawatan sulung Perdana Menteri ke Brazil berjaya hasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Reformasikan UNSC, pastikan lebih inklusif - PM Anwar
Struktur semasa UNSC sangat tidak adil kerana perlu ada wakil dari Amerika Latin dan Afrika, tegas Anwar.
Sidang Kemuncak G20: PM Anwar ‘jentik’ negara kaya, kritik ‘dasar yang tersasar’
Anwar kritik -dasar tersasar- negara kaya yang memperuntukkan dana besar untuk senjata dan peperangan, berbanding memenuhi keperluan asas manusia.
PM Anwar bertemu Macron, bincang soal Palestin, teroka kerjasama AI
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan berkenaan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Malaysia ambil bahagian Sidang Kemuncak G20 selepas 9 tahun
Kehadiran PM Anwar atas kapasiti negara jemputan disambut oleh Presiden Brazil, Luiz Incio Lula da Silva selaku tuan rumah.
Kerajaan komited laksana dasar, polisi menguntungkan rakyat - PM
Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi dalam isu rasuah termasuk memberi peluang kepada mana-mana pihak merobek kekayaan rakyat.
Perkukuh hubungan bilateral melalui kerjasama penyelidikan dan pendidikan - PM
Kebergantungan kepada negara atau universiti terkemuka tertentu untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi semakin tidak relevan.