SUNGAI PETANI: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata persatuan penduduk boleh memohon Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) mulai esok.
Beliau berkata melalui Belanjawan 2023, kerajaan telah memperuntuk RM20 juta kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), sebagai GPPK yang bertujuan memperkasa peranan persatuan penduduk dalam menghadapi bencana.
"Objektif GPPK adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam komuniti dan meningkatkan penglibatan pertubuhan dalam hal ehwal keselamatan komuniti setempat.
"Peruntukan sebanyak RM20 juta itu boleh memberi manfaat kepada 2,000 persatuan penduduk dengan setiap satunya layak menerima sehingga RM10,000," katanya sambil menambah permohonan boleh dilakukan menerusi sistem eROSES.
Saifuddin Nasution berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program KDN Madani Bersama Menteri Dalam Negeri di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh.
Beliau juga berkata KDN menerima banyak permohonan bagi mendapatkan status kewarganegaraan dan menyasarkan sejumlah 10,000 akan dapat diselesaikan pada tahun ini.
"Daripada sasaran itu, sebanyak 8,288 permohonan telah diselesaikan dan hari ini, kita serahkan sijil kelahiran dan MyKad kepada 15 penerima," katanya.
Seorang penerima Nur Adilla Abdullah, 19, berkata ibu angkatnya, Lina Ranjeet Abdullah, 60, telah memohon sejak 2016 dan sering membuat semakan susulan bagi mengetahui status permohonan itu.
"Status sebelum ini walaupun tidak ditolak tetapi masih dalam proses, jadi bila saya dapat status warganegara hari ini, saya rasa gembira sangat... Selepas sekolah menengah, saya tidak dapat sambung belajar kerana status saya ini...selepas ini, saya berhasrat untuk sambung belajar dalam bidang kemahiran di GiatMARA," katanya.
Tan Kai Shian, 23, pula berkata dua permohonan yang dibuat oleh ibu bapanya sebelum ini tidak berjaya.
Dia berkata ibu bapanya tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia menyebabkan Tan gagal mendapat status warganegara.
"Susah saya nak minta kerja dan ambil lesen... sekarang ini, saya kerja biasa-biasa sahaja dan berharap dapat pekerjaan yang lebih baik selepas ini," katanya yang gembira menerima sijil kelahiran dan MyKad.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023
![Persatuan penduduk boleh mohon GPPK mulai esok - Saifuddin Nasution Persatuan penduduk boleh mohon GPPK mulai esok - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685537820_SaifuddinNasutionI.jpg)
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata persatuan penduduk boleh memohon Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) mulai esok. - Gambar fail/BERNAMA
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Tanah runtuh Taman Melawati: Penduduk dakwa sudah jangka sejak tahun lalu Tanah runtuh Taman Melawati: Penduduk dakwa sudah jangka sejak tahun lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728982653_tanahruntuhJalan.jpg)
Tanah runtuh Taman Melawati: Penduduk dakwa sudah jangka sejak tahun lalu
Penduduk Taman Melawati pernah menyuarakan kebimbangan mengenai insiden tanah runtuh kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebelum ini.
![Polis nasihat orang ramai tidak sertai perhimpunan di Bukit Jelutong Sabtu ini Polis nasihat orang ramai tidak sertai perhimpunan di Bukit Jelutong Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690645334_LogoPDRM.jpg)
Polis nasihat orang ramai tidak sertai perhimpunan di Bukit Jelutong Sabtu ini
Polis menasihati penduduk sekitar bandar raya ini khususnya Bukit Jelutong supaya tidak menyertai perhimpunan anjuran Persatuan Penduduk Taman Bukit Jelutong (BJRA), Sabtu ini.
![JPPM luluskan peruntukan GPPK kepada lebih 1,000 persatuan JPPM luluskan peruntukan GPPK kepada lebih 1,000 persatuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696285415_TBGeranGPPK.jpg)
JPPM luluskan peruntukan GPPK kepada lebih 1,000 persatuan
Peruntukan GPPK berjumlah RM20 juta daripada Belanjawan 2023 bertujuan membantu persatuan penduduk melaksanakan pelbagai aktiviti.
![Persatuan penduduk boleh mohon GPPK mulai esok - Saifuddin Nasution Persatuan penduduk boleh mohon GPPK mulai esok - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685537820_SaifuddinNasutionI.jpg)
Persatuan penduduk boleh mohon GPPK mulai esok - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata persatuan penduduk boleh memohon Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) mulai esok.
![Taman Rimba Kiara masih dibuka kepada orang ramai - Annuar Musa Taman Rimba Kiara masih dibuka kepada orang ramai - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61595682102_TBAnnuarMusa.jpg)
Taman Rimba Kiara masih dibuka kepada orang ramai - Annuar Musa
Tindakan diambil oleh pemilik tanah iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menandakan sempadan perundangan.
![Laporan forensik lif terhempas diumum minggu depan Laporan forensik lif terhempas diumum minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51564735768_TBCEDERA.jpg)
Laporan forensik lif terhempas diumum minggu depan
Dalam kejadian pada 2 Ogos itu, lapan cedera apabila lif yang mereka naiki terhempas dari tingkat lima dipercayai akibat sistem brek tidak berfungsi.
![Semenyih perlu pembangunan seimbang - Penduduk Semenyih perlu pembangunan seimbang - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41550225150_SEMENYIH.jpg)
Semenyih perlu pembangunan seimbang - Penduduk
Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Tasik Semenyih, Ahmad Wasfi Kadri berkata, Semenyih juga tidak boleh dianaktirikan dengan fasiliti atau kemudahan yang tidak lengkap.
![Isu Taman Rimba Kiara: Persatuan penduduk TTDI gesa SPRM percepat, dedah status siasatan Isu Taman Rimba Kiara: Persatuan penduduk TTDI gesa SPRM percepat, dedah status siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/41466933892_KiaraProtest.jpg)
Isu Taman Rimba Kiara: Persatuan penduduk TTDI gesa SPRM percepat, dedah status siasatan
Laporan itu menumpukan kepada kebimbangan mengenai konflik berkepentingan dan kemungkinan salah laku dalam projek Taman RImba Kiara.
![Isu taska dan dilema ibu bekerja Isu taska dan dilema ibu bekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534316794_Taska.jpg)
Isu taska dan dilema ibu bekerja
Hannah Yeoh berkata dianggarkan hanya 10 peratus taska yang berdaftar ketika ini, berdasarkan populasi kanak-kanak yang ibu bapa bekerja dan jumlah pusat penjagaan yang wujud ketika ini.