PUTATAN: Kerja-kerja pemindahan utiliti melibatkan elektrik dan paip air antara punca kelewatan pembinaan beberapa jajaran Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini.
Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya sentiasa berusaha memastikan kontraktor terus melaksanakan kerja-kerja pembinaan supaya lebuh raya tersebut dapat disiapkan dengan segera.
"Cuma kadang-kadang terdapat sedikit gangguan dari sudut kelewatan perpindahan utitili seperti elektrik dan paip air.
"Ini jelas berlaku di jajaran enam iaitu Putatan ke Inanam dan jajaran lapan dari Manggatal ke Simpang Berungis," katanya kepada pemberita pada program mesra rakyat sempena sambutan Hari Natal di Kampung Potuki di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan semasa pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah ketika ini.
Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri turut memaklumkan bagi jajaran Lebuh Raya Pan Borneo dari Sipitang ke Kota Kinabalu turut menunjukkan kemajuan.
"Pakej lima sudah siap di Papar, pakej empat hampir siap tetapi belum dibuka sepenuhnya. Begitu juga pakej tiga melibatkan kawasan Membakut menuju ke Bongawan.
"Yang ada nampak sedikit kelewatan di pakej dua, Mesapol ke Beaufort dan pakej satu membabitkan Sindumin ke Melalia," katanya.
Beliau sebelum ini memaklumkan, baki pakej kerja yang sedang dilaksanakan ketika ini ada yang dijangka siap pada akhir 2025 dan ada juga yang dijangka siap pada 2026. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 23 2023

Shahelmey ketika ditemui pemberita pada program mesra rakyat sempena sambutan Hari Natal di Kampung Potuki di Putatan. - Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

15 SST projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B dikeluarkan suku ketiga 2024
Sebanyak 15 Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

Perpindahan utiliti elektrik, paip air punca kelewatan pembinaan Pan Borneo
Kerja-kerja pemindahan utiliti melibatkan elektrik dan paip air antara punca kelewatan pembinaan beberapa jajaran Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah.

Kerajaan pandang serius kelewatan pelaksanaan projek Pan Borneo di Sabah
Kerajaan Persekutuan memandang serius kelewatan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah yang terkebelakang dari Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Projek lebuh raya Pan Borneo capai kemajuan ketara - CILT Sabah
Projek lebuh raya Pan Borneo telah mencapai kemajuan ketara dalam usaha berterusan untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya Sabah.

KKR, MIPD mulakan jelajah Pan Borneo dari Kuching ke Miri tinjau lebuh raya
Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) hari ini memulakan jelajah Pan Borneo.

Pan Borneo: Sarawak dapatkan kelulusan lalui sebahagian kawasan wilayah Brunei
Kerajaan Sarawak sedang melihat persepakatan dari Brunei berhubung cadangan semula pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) menghubungkan Sarawak dan Sabah yang akan melalui sebahagian kawasan negara itu.

Pan Borneo: Persimpangan Bintangor-Julau kini dibuka
Jajaran kedua Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak melibatkan kerja-kerja naik taraf persimpangan Bintangor ke persimpangan Julau sepanjang 28.5 kilometer dibuka secara rasmi.

Kerajaan kaji cadangan segerakan baki projek Pan Borneo Sabah - Fadillah
Sebanyak 35 pakej kerja dirangka dilaksanakan dalam fasa satu projek LPB Sabah membabitkan jarak 706 kilometer.

Projek Pan Borneo: Jalan Tawau-Semporna disambung semula
Pembinaan jalan tersebut turut memberikan manfaat kepada penduduk di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Tamatkan PDP tanpa sukuk, bon sukarkan pembinaan Pan Borneo - Bung Moktar
Dengan ketiadaan sukuk atau bon, pembiayaan projek itu kini terpaksa bergantung kepada peruntukan pembangunan daripada kerajaan Persekutuan.