KOTA KINABALU: Tindakan kerajaan terdahulu membatalkan Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi pembinaan lebuh raya Pan Borneo di Sabah tanpa terlebih dahulu mendapatkan sukuk atau bon, menimbulkan kesukaran dalam pelaksanaan projek itu terutama bagi aspek pembiayaan.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata dengan ketiadaan sukuk atau bon, pembiayaan projek itu kini terpaksa bergantung kepada peruntukan pembangunan daripada kerajaan Persekutuan.
"Sarawak mereka batalkan PDP tetapi mereka sudah dapatkan sukuk atau bon untuk projek itu, tetapi di Sabah terbalik mereka tidak teliti dan kaji, batal PDP tetapi sukuk atau bon belum diurus...apabila tinggal peruntukan pembangunan, Pan Borneo tidak dapat dibangunkan menyeluruh.
"Ada kira-kira RM1 bilion satu tahun (peruntukan pembangunan) untuk bangunkan projek ini...saya kira-kira jika cara ini 45 tahun pun belum tentu projek ini boleh siap untuk dinikmati rakyat kita," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Beliau mengulas dakwaan tiga Ahli Parlimen DAP iaitu Chan Foong Hin (Kota Kinabalu), Noorita Sual (Tenom) dan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan), yang mendakwa Bung Moktar mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengatakan Pakatan Harapan memotong bajet projek itu ketika membahaskan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertuan Agong pada 21 Sept lepas.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, Bung Moktar berkata beliau sedia menerangkan lanjut mengenai projek itu di Dewan Rakyat, bagi memastikan semua pihak faham apa yang terjadi dan memastikan projek berkenaan berjalan dengan lancar.
"Saya tidak mengelirukan Dewan Rakyat, mereka sebenarnya yang menipu...jangan bimbang saya akan jawab mereka di Parlimen, apa yang penting sekarang tanggungjawab kita bangunkan projek ini dengan lancar dan cepat untuk rakyat kita di Sabah," katanya.
Bung Moktar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Khamis lepas (23 Sept) dilapor berkata projek itu mempunyai tiga fasa iaitu melibatkan pembinaan keseluruhan sepanjang 1,236 kilometer (km) dengan kos RM40.2 bilion.
Beliau berkata fasa satu projek itu yang melibatkan 35 pakej telah siap proses reka bentuk membabitkan pembinaan sejauh 706km dengan kos RM15.2 bilion dan 15 pakej dalam peringkat pembinaan pada masa ini, melibatkan 317.6km dengan kos RM7.98 bilion di bawah pembiayaan kerajaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021

Bung Moktar berkata beliau sedia menerangkan lanjut mengenai projek itu di Dewan Rakyat, bagi memastikan semua pihak faham apa yang terjadi dan memastikan projek berkenaan berjalan dengan lancar. - Gambar fail/Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pan Borneo: Jaminan kebajikan kakitangan PDP terjaga
Baru Bian berkata Kerajaan Persekutuan secara rasmi telah mengeluarkan surat penamatan kepada LBU pada 20 Sept lalu.