Lebih 400 pesakit di bangunan induk Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, yang terlibat dalam kebakaran di wad unit rawatan rapi (ICU) selesai dipindahkan ke beberapa hospital kerajaan sekitar Johor, sejak Selasa.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kesemua pesakit telah dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Hospital Permai, Hospital Segamat, Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Hospital Mersing dan hospital berhampiran.
Bagi memastikan operasi hospital terbabit tidak terjejas, pakar-pakar dan pasukan dari HSA akan dibawa untuk membantu merawat pesakit yang dipindahkan.
“Seperti untuk pembedahan misalnya, pakar akan bawa pesakit bersama pasukan dan jururawatnya. Pergi dan balik. Ini agar tidak memberatkan hospital yang kita tumpang,” katanya selepas melawat pesakit dan meninjau keadaan bangunan induk HSA di sini hari ini.
Hilmi turut memaklumkan, setakat ini kementerian belum bercadang untuk memindahkan pesakit ke hospital swasta.
Pada masa sama, beliau menyatakan rasa kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kakitangan HSA yang memberi perkhidmatan terbaik terutama ketika dilanda musibah.
Dalam kebakaran pada Selasa, seramai enam pesakit ICU maut manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan. Dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi cedera akibat terhidup asap dan dirawat di Hospital Sultan Ismail.
Shahrul Hassan
Fri Oct 28 2016

Dalam kebakaran pada Selasa, seramai enam pesakit ICU maut manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan. - Foto Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tiada hospital baharu di Balik Pulau, kata Menteri Kesihatan
Dr Dzulkefly berkata pembinaan hospital baharu Balik Pulau itu sebenarnya adalah janji sahaja daripada seorang ahli politik kerajaan terdahulu dan tidak pernah tersenarai dalam RMK11.

BN yakin pertahan Parlimen Balik Pulau
Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan faktor pertambahan pengundi dan parti komponen BN yang bekerja keras serta agresif untuk mendapatkan sokongan lebih ramai pengundi.

Yakin raih tambahan sokongan pengundi Cina - Dr Hilmi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yakin akan meraih tambahan undi daripada pengundi Cina pada PRU14 nanti.

Tiada cadangan jadikan ketum ubat tahan sakit, rawat penagihan dadah - Dr Hilmi
Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk menjadikan ketum sebagai ubat penahan sakit dan rawatan penagihan dadah.

Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia
Profesion kejururawatan negara ini diiktiraf di peringkat dunia apabila keupayaan dan kemahiran jururawat Malaysia diterima baik.

Nelayan lega kerajaan persekutuan tegas tangani isu tambak laut
Ketegasan kerajaan persekutuan dalam menangani isu tambak laut di negeri ini telah memberikan kelegaan besar kepada penduduk di sini.

Kementerian Kesihatan tambah 500 ambulans tahun depan - Dr Hilmi
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata daripada jumlah itu, 120 ambulans akan diagihkan ke hospital dan klinik di Sabah dan Sarawak.

Wad Diraja HSA belum digunakan kerana belum ada keperluan- Hilmi
Hospital sementara Angkatan Tentera Malaysia telah ditempatkan di perkarangan HSA yang menumpukan kepada kes rawatan kecemasan dan mula beroperasi Isnin lalu.

Perpindahan pesakit di bangunan induk Hospital Sultanah Aminah selesai - Dr Hilmi
Bagi memastikan operasi hospital terbabit tidak terjejas, pakar-pakar dan pasukan dari HSA akan dibawa untuk membantu merawat pesakit yang dipindahkan.

'Tiada cadangan gantung syarikat konsesi HSA' - Dr Hilmi
Kerajaan tidak bercadang menggantung perkhidmatan syarikat konsesi perkhidmatan sokongan hospital, Medivest Sdn Bhd sepanjang tempoh siasatan terhadap kebakaran yang berlaku di HSA.