Pengunjung sebuah pusat beli-belah di Bukit Tinggi, Klang dekat sini semalam gempar apabila dua individu nekad melakukan rompakan di sebuah kedai emas di pusat beli-belah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata dalam kejadian pada kira-kira 10 malam itu, dua penjenayah berkenaan bertindak meluru masuk ke kedai berkenaan ketika pekerja di kedai itu sedang bersiap-siap untuk menamatkan perniagaan.
"Penjenayah ini yang bersenjatakan tukul kemudian bertindak memecahkan cermin kaca ruang pameran barang kemas sebelum cuba melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Shamsul Amar, orang ramai yang melihat kejadian berkenaan telah bertindak mengejar dan berjaya menahan seorang daripada suspek kira-kira 20 meter dari kedai itu.
"Suspek yang berjaya ditangkap adalah seorang lelaki berumur 19 tahun, bersamanya turut dirampas barang kemas yang dirompak dan tukul yang digunakan," katanya.
Kata Shamsul Amar lagi, polis sedang giat mengesan seorang lagi rakan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak.
Terdahulu, tular beberapa video di laman media sosial memaparkan seorang anggota keselamatan mengacukan pistol terhadap dua individu yang sedang melarikan diri selepas melakukan rompakan di sebuah kedai emas.
Video yang lain pula menunjukkan orang ramai termasuk pekerja pusat beli-belah berkenaan berjaya menangkap seorang daripada suspek dan menyerahkannya kepada pekerja kedai emas itu sementara menunggu kehadiran pihak polis.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 23 2020
Suspek berjaya ditahan selepas dia dan rakannya merompak kedai emas di pusat beli-belah di Klang. -Foto video tular
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
3,929 anggota keselamatan ditugaskan lindungi keselamatan di lokasi demonstrasi Jakarta
Pihak berkuasa Jakarta menugaskan 3,929 anggota keselamatan untuk mengawasi demonstrasi berkaitan Pilihan Raya Umum 2024 di hadapan Kompleks Parlimen di Tanah Abang, Jakarta Pusat pada Selasa.
Parkir tidak teratur halang kenderaan penyelamat
Ada pemilik kenderaaan yang tidak memikirkan keselamatan awam lain dan menghalang kenderaan anggota penyelamat.
Tindakan meroboh kuil cetus pertempuran
Pertengkaran sengit antara penduduk tempatan dan anggota keselamatan berakhir dengan penahanan penunjuk perasaan.
Empat anggota keselamatan cedera dalam insiden letupan bom di Pattani
Empat anggota pasukan keselamatan cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.
Keamanan negara tarik minat syarikat besar melabur - PM Anwar
Tugas anggota keselamatan dalam memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara banyak menyumbang kepada minat syarikat besar luar negara untuk melabur di Malaysia.
320 anggota keselamatan Sudan, 20,000 pelarian lari ke Chad
Kira-kira 320 anggota keselamatan Sudan meninggalkan medan pertempuran dan menyeberangi sempadan untuk menyerah diri kepada tentera Chad.
Kes jenayah anggota keselamatan, penguat kuasa catat penurunan - Shamsul Anuar
Jumlah kes jenayah melibatkan anggota keselamatan bersenjata dan penguat kuasa mencatatkan penurunan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Lima maut nahas helikopter
Lima anggota keselamatan maut dalam nahas helikopter di Aguascalientes, Mexico pada Khamis.
200 hektar hutan terbakar di Jerman
Kira-kira 500 anggota keselamatan di seluruh Brandenburg dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.
[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR
Pengundi dinasihatkan supaya mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.