JOHOR BAHRU: Maklumat permohonan perkhidmatan pembersihan rumah dan sumbangan keperluan mangsa banjir di Muar yang dikemukakan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) adalah tidak lengkap, sekali gus menyebabkan permohonan bantuan mereka ditolak.
Pejabat Daerah Muar dalam satu kenyataan di sini hari ini menyatakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Muar menerima permohonan daripada Muda pada 12 Jan lepas, namun tiada lokasi spesifik khidmat pembersihan dan lokasi pemberian sumbangan serta senarai serahan nama dinyatakan.
Menurut kenyataan itu permohonan Muda untuk melaksanakan perkhidmatan mereka adalah pada hari ini dan esok (15 dan 16 Jan), yang meliputi kerja-kerja pembersihan tiga buah rumah dan pemberian 20 set sumbangan barangan keperluan, serta melibatkan tujuh petugas.
"Untuk permohonan memberi keperluan rumah, PKOB telah meminta senarai serahan nama, ini untuk memastikan semua mangsa banjir mendapat bantuan seragam dan jenis keperluan yang sesuai.
"Sehingga 13 Jan lepas, bantuan keperluan juga sudah melebihi keperluan dan disimpan di stor PKOB. Oleh itu permohonan ini adalah tidak lengkap dan pihak PKOB juga telah meminta agar maklumat serahan nama dan lokasi diberikan," menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Daerah Muar itu.
Menurut kenyataan itu, PKOB Muar kemudiannya memutuskan tiada keperluan permohonan dipertimbangkan kerana kerja-kerja pembersihan telahpun berkurangan, yang dilaksanakan oleh seramai 425 sukarelawan 'Southern Volunteers' dan 300 orang daripada pelbagai jabatan serta agensi.
"Pada 14 Jan juga, jumlah sukarelawan akan dikurangkan kepada 50 sukarelawan sahaja, sementara Muda pula adalah untuk 15 dan 16 Jan," menurut kenyataan itu lagi.
Pejabat Daerah Muar menjelaskan selain Muda, terdapat empat lagi permohonan pembersihan kawasan kediaman yang turut ditolak atas sebab sama, dan pemohon memahami situasi semasa yang semakin baik serta tiada keperluan untuk diadakan pembersihan.
Justeru itu, Pejabat Daerah Muar dan PKOB amat kesal dengan dakwaan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi Facebook beliau pada 13 Jan, yang disifatkan sebagai cubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.
Pada 13 Jan, Syed Saddiq menerusi siaran langsung di Facebook beliau, telah mempertikaikan mengenai permohonan bantuan Muda yang ditolak oleh Pejabat Daerah Muar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 15 2022

GAMBAR FAIL: Penduduk yang terjejas dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara terdekat dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda di sekitar daerah Muar. - BERNAMA

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.

Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM
Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.

Pupuk rasa 'muda', pejabat bina gelongsor untuk pekerja
Seiring peningkatan usia dan perlu menjalani tanggungjawab menjadi dewasa, kadangkala sukar untuk mengekalkan tenaga seperti zaman muda dahulu.

MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina
Pada September 2022 hingga Februari 2023, Perlis diramal menerima taburan hujan antara 200-300mm dan Kedah, antara 290-440mm.

Undi18 harap pemilihan Exco muka baharu, muda jadi ikutan negeri lain
Tharma Pillai berharap pemilihan orang muda dan muka baharu sebagai exco kerajaan negeri di Johor akan menjadi ikutan negeri-negeri lain mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Isu kecekapan orang muda tidak akan timbul, jentera Johor sudah sedia cekap- Exco Agama Johor
Exco kerajaan negeri Johor kalangan orang muda yang baharu dilantik akan saling melengkapi dan memberi idea baharu bagi menambahbaik kecekapan pentabiran negeri.

PRN Johor: PKR umum calon Kempas dan Larkin, beri bayangan rundingan dengan Muda tidak menjadi
Anwar telah mengumumkan calon PKR untuk lima kerusi, iaitu Larkin, Kempas, Bukit Batu, Tiram, dan Pasir Raja.

Kerjasama Warisan-Muda bukan ancaman kepada PH - Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menganggap kerjasama yang terjalin di antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bukan ancaman.

MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.

Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan
Cara merawat masalah rambut beruban dengan hanya menggunakan daun pokok rambutan. Ikuti perkongsian dalam artikel ini.

Wan Ahmad Fayhsal nafi 'ugut' Syed Saddiq, anggap seperti adik sendiri
Wan Ahmad Fayhsal berkata, pertemuan baru-baru ini bukan untuk membuat tawaran atau ugutan kepada Syed Saddiq.