Permohonan dalam talian bagi kemasukan universiti awam untuk tahun 2017 akan dilanjutkan sehingga 5 April ini, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Nik Ali Mat Yunus.
Beliau berkata tempoh permohonan yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac itu dilanjutkan bagi memberi masa yang secukupnya kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan pengumuman keputusan peperiksaan itu yang agak lewat.
"Ini tentu sekali akan memudahkan pelajar membuat keputusan yang tepat mengenai pilihan program pengajian," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017 Zon Utara di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.
Sebanyak 110 pempamer daripada 20 universiti awam, 47 universiti swasta dan 43 agensi terlibat dalam karnival selama dua hari itu.
Nik Ali berkata karnival itu sebagai satu daripada usaha berterusan dalam melahirkan bakat yang memiliki minda kelas pertama untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi.
Beliau berkata penganjuran karnival itu amat penting bagi membantu pelajar lepasan SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan diploma yang sedang dalam proses mendapatkan maklumat pengajian ijazah pertama di institusi pengajian tinggi dan mengisi permohonan kemasukan.
"Karnival ini juga adalah 'one-stop' untuk pelajar berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej serta para penaja," katanya.
Karnival kali ke-13 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi itu bertujuan mempromosi dan menyebarluaskan maklumat program pengajian sedia ada serta program baharu yang ditawarkan oleh universiti awam, politeknik, kolej komuniti, Bahagian Matrikulasi dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta serta institusi lain bagi sesi akademik 2017/2018.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2017

Tempoh permohonan yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac itu dilanjutkan bagi memberi masa yang secukupnya kepada pelajar lepasan SPM. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.

Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET - TPM
Ahmad Zahid juga mahukan 10,160 calon SPM yang tidak hadir peperiksaan itu untuk terus memohon untuk memasuki bidang TVET.

Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019 itu diluluskan dengan sokongan 57 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).