Diinspirasikan daripada bentuk berlian mahkota permaisuri, "Permaisuri Zarith Sofiah Opera House" yang dibuka secara rasminya kepada umum malam tadi, bakal menjadi tarikan terbaharu bandar raya ini terutama bagi pelancong yang berminat dengan seni dan budaya.
Panggung yang berkeluasan 114,430 kaki persegi dan siap dibina pada tahun lepas itu boleh memuatkan lebih 500 penonton yang mahukan kelainan dan merasai sendiri pementasan seni dan budaya berciri "premium" seperti muzikal, orkestra mahupun balet.
Berkenan merasmikan panggung berkenaan pada malam tadi ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Turut berangkat sama pada majlis perasmian itu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan anakanda baginda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.
Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani dan barisan Exco kerajaan negeri
Dengan perkenan daripada Sultan Ibrahim, panggung opera berkenaan diberi nama bersempena Permaisuri Raja Zarith Sofiah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 19 2020
Persembahan tarian 'Golden Soup Bottles' dari kumpulan Ning Xia Performing Art Group yang dipentaskan di Permaisuri Zarith Sofiah Opera House yang telah dirasmikan oleh Sultan Ibrahim di R&F Mall, Stulang Laut malam tadi. --fotoBERNAMA
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Dua penari balet Rusia bakal pukau penonton di Malaysia
Dua bintang balet terkemuka dari Rusia, Vitally Amialishka dan Nika Tskhvitariia akan beraksi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 30 September ini.
'Permaisuri Zarith Sofiah Opera House' bakal jadi pusat seni dan budaya di JB
Panggung yang berkeluasan 114,430 kaki persegi itu boleh memuatkan lebih 500 penonton yang mahukan kelainan dan merasai sendiri pementasan seni dan budaya berciri "premium".