PUTRAJAYA: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Penjara Malaysia kerana menghidupkan kembali Tenun Pahang Diraja yang dianggap 'kritikal' pada suatu masa dahulu.
Baginda bertitah, petugas dan penghuni penjara banyak menyumbang kepada penghasilan seni tekstil itu sehingga terkenal di persada dunia ketika ini.
"Sekitar 2004 dan 2005, hanya terdapat 15 penenun di Pahang. Bagi beta sangat mustahak, beta bertitah kalau tidak dibuat sesuatu, Tenun Pahang akan mati begitu sahaja.
"Penjaralah (Jabatan Penjara Malaysia) yang banyak menolong beta hidupkan kembali Tenun Pahang Diraja," titah baginda pada Majlis Simfoni Kasih 2023 Jabatan Penjara Malaysia, di sini, malam tadi.
Tunku Azizah bertitah, pada awalnya agak sukar bagi warga Jabatan Penjara Malaysia mempelajari tenunan itu, namun kini, ramai sudah mahir dalam seni tradisional tersebut sehingga mampu menghasilkan rekaan dan teknik baharu.
Tunku Azizah yang juga Penaung Diraja bagi Seni dan Kraf Jabatan Penjara Malaysia bertitah, keindahan tenunan warga penjara turut menarik perhatian pelbagai individu termasuk ketika ia dipamerkan sempena Minggu Kraf London pada Mei lepas sehingga terdapat permintaan daripada Jabatan Penjara Singapura, Filipina dan Jepun untuk berkongsi ilmu seni tekstil Malaysia.
"Untungnya adalah banduan tersebut dapat mempelajari sesuatu... apabila keluar, memberi mereka harapan apa mereka pelajari di penjara boleh menjadi punca rezeki, menjana pendapatan... Beta minta jangan pandang rendah orang dalam penjara," titah baginda.
Majlis Simfoni Kasih 2023 yang bertemakan 'Menggapai Dunia Bersama Raja Permaisuri Agong' itu dihadiri lebih 800 tetamu dan diadakan dengan kerjasama strategik Jabatan Penjara Malaysia, Yayasan Koreksional Malaysia, Yayasan Prihatin Nasional, Persatuan Isteri, Anak dan Anggota Serta Kakitangan Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP).
Tunku Azizah turut ditemani paduka anakanda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Rubi Uji; Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Muhamad dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Selain berkonsepkan majlis makan amal, ia diadakan sebagai tanda menjunjung kasih terhadap Seri Paduka yang banyak memberi peluang dan ruang kepada petugas serta penghuni penjara untuk berkarya dalam seni tekstil antaranya Tenun Pahang Diraja, songket, batik dan kraf.
Tunku Azizah turut berkenan mengurniakan dua anugerah iaitu Ikon Anugerah Dedikasi (petugas penjara) kepada Sarjan Mejar Raja Mohamad Raja Adam dan Ikon Anugerah Kasih (penghuni penjara) kepada Mohd Rosli Zulkifli, yang diwakili Pengarah Penjara Pahang Datuk Abu Hassan Hussain.
Raja Mohamad, yang berasal dari Machang, Kelantan bertugas di Penjara Penor dan merupakan seorang yang mahir dalam teknik pembuatan fabrik Tenun Pahang Diraja serta pelatih program kemahiran bersijil dalam bidang songket 'daster' Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua.
Mohd Rosli pula memiliki Sijil Latihan Dual Nasional tahap dua bagi penenun songket dan 'daster' dan adalah penenun fabrik persalinan Istiadat Persandingan Diraja Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim pada 2017 serta pereka kemeja Tenun Pahang Diraja yang dipakai ketua-ketua negara sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2015.
Sementara itu, Nordin dalam ucapannya berkata, penglibatan dan komitmen Tuanku Azizah telah menghasilkan impak positif kepada penambahbaikan program latihan kemahiran khususnya dalam bidang seni serta kraf yang dilaksanakan oleh institusi penjara.
Beliau berkata, bermula dari 2012 hingga 2022, sejumlah 20,250 penghuni telah dipersijilkan yang membabitkan SKM, Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan dan Sijil Modular. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat penghuni penjara menenun songket semasa majlis Malam Simfoni Kasih 2023 Jabatan Penjara Malaysia, di Putrajaya, malam tadi. - Gambar Bernama
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Waspada akaun Instagram palsu menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong
Akaun ini adalah palsu dan menyamar menggunakan identiti Raja Permaisuri Agong.

Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.

Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan keuntungan ekonomi sahaja.

Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.

Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.

Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.

Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto
Ucapan itu dizahirkan menerusi poster khas yang turut memaparkan gambar Sultan Ibrahim dan Prabowo berjabat tangan, yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.