KUALA LUMPUR: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tidak wajar digunakan untuk tujuan kemasukan ke asrama mahupun pemilihan aliran pelajar supaya matlamat asalnya tidak dirosakkan.
Bagi penyelidik pendidikan dari Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Anuar Ahmad, perlu ada mekanisme baharu untuk menetapkan kemasukan pelajar ke Tingkatan Empat susulan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Beliau berpendapat bahawa PBS perlu berdiri sendiri kerana matlamatnya bukan untuk tujuan masuk ke asrama atau pemilihan ke aliran sains, sastera atau lain-lain tetapi sebagai kayu ukur menilai perkembangan dan perkembangan pelajar dalam pembelajarannya.
“Jika ia (PBS) digunakan untuk tujuan itu, akan wujud keadaan di mana ada sekolah atau pihak yang akan cuba melakukan sesuatu terhadap penilaian itu dan akhirnya kita bimbang tidak telus.
“Kalau tidak kita akan kembali ke sejarah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), di mana hasrat asalnya untuk mengukur tahap pencapaian murid-murid sekolah rendah sebelum masuk ke sekolah menengah.
“Tapi bila ia digunakan untuk kemasukan ke asrama, kita lihat persaingan, perlumbaan dan pelbagai lagi perkara berlaku yang tidak menjawab kepada matlamat sebenar pelaksanaannya,” katanya.
Tonton temu bual penuh bersama Anuar dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
Israr Khalid
Fri Jun 03 2022

Sistem pendidikan negara hari ini dilihat sedang bergerak dari terlalu berorientasikan peperiksaan berpusat dengan pemansuhan PT3. - Gambar hiasan/BERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia
Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Tumpuan Rabu – 5 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Kes tembakan APMM: Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.

UPSR, PT3 tidak lagi relevan, KPM terus perkasa PBS - Fadhlina
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak lagi relevan untuk dilaksanakan dalam pentaksiran pendidikan murid sekolah, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Kembalikan UPSR, PT3 perlu pendekatan holistik, anak-anak bukan tikus makmal - Fadhlina
Keputusan untuk mengembalikan peperiksaan UPSR serta PT3 perlu dibuat secara holistik dan tidak boleh dilihat dari satu aspek sahaja.

Pakar pendidikan senaraikan tiga sebab Pentaksiran Bilik Darjah tidak berkesan di Malaysia
Pelaksanaan PBD dan PBS ketika ini dilihat kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai pihak mahu UPSR dan PT3 dikembalikan segera.

UPSR dan PT3 tidak akan dikembalikan buat masa ini - Timbalan Menteri Pendidikan
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying memaklumkan kepada Dewan Rakyat, kementerian memberi tumpuan kepada pendekatan yang lebih holistik apabila melibatkan pembangunan pelajar.

UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan
KPM kekal dengan keputusan untuk tidak mengembalikan peperiksaan awam UPSR dan PT3, walaupun terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahu ia dilaksanakan semula.

Pemansuhan UPSR, PT3 beri ruang pelaksaaan PBS lebih berkesan - Mohd Radzi
Pemansuhan UPSR dan PT3 dalam sistem pendidikan negara adalah bagi membolehkan pelaksanaan PBS dengan lebih berkesan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah sudah diperkenalkan sejak 2011 - Radzi
Sejak pemansuhan UPSR dan PT3, Mohd Radzi berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menumpukan kepada pemerkasaan PBS.

Pemansuhan PT3: Guru perlu diberi sokongan - Teach For Malaysia
Guru perlu diberi sokongan untuk melakukan pentaksiran bilik darjah dengan lebih berkesan susulan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini.

Perlu ada mekanisme baharu untuk kemasukan ke sekolah asrama, pemilihan aliran
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tidak wajar digunakan untuk tujuan itu supaya matlamat sebenarnya tidak diganggu.

Pemansuhan PT3 selari dengan trend pendidikan - Anuar Ahmad
Pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dilihat wajar dan selari trend pendidikan masa kini yang mementingkan pentaksiran di bilik darjah dan sekolah.