Kerajaan negeri Perlis hari ini menyerahkan insentif berjumlah RM200,000 kepada dua wira paralimpik kelahiran negeri itu yang telah mengharumkan nama negara pada temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil.
Dua wira berkenaan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly masing-masing menerima RM100,000 yang kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputra 2 (ASB2).
Insentif disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan turut disaksikan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad serta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis, Tuan Abdul Jamil Saad.
"Inilah janji kerajaan negeri dahulu selepas mereka berjaya meraih pingat emas di Sukan Paralimpik di Brazil. Walaupun pemberian itu tertangguh hampir dua bulan," kata Azlan kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan tersebut di Bangunan PNB di sini.
Kerajaan negeri juga sedang berbincang dengan Mohamad Ridzuan dan Abdul Latif untuk pemberian satu lagi insentif berupa sebuah rumah yang berharga tidak kurang daripada RM300,000 kepada setiap seorang daripada mereka.
"Tempoh pemberian rumah itu bergantung kepada masa mereka, kerana pada masa ini mereka sibuk dengan latihan. Bila tiba masanya nanti, kita akan tentukan di mana lokasi rumah yang sesuai untuk mereka, tapi ia masih di Perlis," kata Azlan.
Sementara itu Mohamad Ridzuan dan Abdul Latif melahirkan rasa syukur dengan insentif itu dan berterima kasih kepada kerajaan negeri.
"Semua duit itu saya akan simpan dan biarkan dalam ASB. Masih belum ada sebarang rancangan untuk menggunakan duit itu," kata Abdul Latif.
Dalam perkembangan lain, Abdul Latif berkata beliau sekarang dalam persedian untuk menyertai kejohanan Terbuka Malaysia pada Mac depan dalam usaha mencatat lompatan melebihi 7.40 meter.
"Walaupun saya sudah melepasi had kelayakkan Sukan SEA, tapi saya perlu mencapai sasaran itu kerana ia sebagai persedian untuk Sukan SEA tahun depan dan ia merupakan penanda aras yang ditentukan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kepada saya," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 01 2016
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (kiri) dan Abdul Latif Romly (kanan) memegang buku pelaburan ASB 2 dengan insentif bernilai RM100,000 daripada Kerajaan Negeri Perlis di Bangunan Permodalan Nasional Berhad hari ini. - fotoBERNAMA
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Paralimpik Paris 2024: Kecederaan otot perut jejas emas hatrik Latif Romly
Latif mula mengesan kecederaan tersebut sewaktu menjalani latihan di Paris sehingga mengakibatkannya sukar bernafas.
Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif
Atlet kelahiran Perlis itu kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.
Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan'
Ketampanan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita ketika acara larian obor temasya Sukan Para Asia 2022, di sini hari ini.
Abdul Latif raih emas di Paris, layak ke Sukan Paralimpik 2024
Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak acara lontar peluru.
Latif Romly kini bergelar suami
Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly, 25, kini bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana, 25, dalam sebuah majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.
Abdul Latif 'terbang' tinggi di APG, bakal tamatkan zaman bujang
Abdul Latif membuat lompatan sejauh 7.20 meteruntuk memastikan beliau membawa pulang emas dalam setiap penampilannya sejak edisi 2013 di Myanmar.
Abdul Latif seakan tidak percaya terima gelaran Datuk
Anak jati Perlis itu bersyukur kerja kerasnya selama ini berbaloi dan dihargai seluruh negara.
Abdul Latif terima insentif RM150,000 daripada kerajaan negeri Perlis
Jaguh lompat jauh negara Abdul Latif Romly menerima insentif berjumlah RM150,000 daripada Kerajaan Negeri Perlis sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan beliau.
Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly
Rahayu dan empat anaknya disahkan positif koronavirus bulan lalu sehingga terpaksa dibawa ke PKRC di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu.
Abdul Latif hanya balik rumah selepas jalani pemulihan
Abdul Latif Romly hanya akan pulang selepas menjalani rawatan pemulihan bagi kecederaan pangkal paha ke rumahnya di Beseri, Perlis.