KUALA LUMPUR: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menafikan laporan bahawa perkhidmatan perpustakaan digital bakal ditamatkan susulan pemberhentian perolehan e-buku tempatan.
PNM memaklumkan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan notis pemberhentian kepada pangkalan data dalam talian E-Lib kerana tempohnya masih berkuat kuasa sehingga 1 Feb 2024.
“Rakyat Malaysia masih boleh mengakses sebanyak 1,500 judul bahan bacaan melalui pangkalan data dalam talian E-Lib.
“PNM sentiasa berusaha melanggan pangkalan data dalam talian yang sedia ada atau yang baharu untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat dan turut memberikan peluang kepada syarikat pangkalan data dalam talian.
“PNM tidak pernah mengabaikan keperluan pangkalan data yang sememangnya sangat relevan pada masa kini,” menurut PNM dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, wujud laporan menyatakan, lebih 330,0000 pembaca di Malaysia bakal kehilangan akses kepada perkhidmatan pinjaman buku digital menjelang awal tahun 2024.
BACA: Penamatan perkhidmatan perpustakaan digital, penerbit e-book kesal
Vendor dan ratusan penerbit dan penulis tempatan yang membekal kepada perpustakaan pinjaman elektronik yang lebih dikenali sebagai ELIB ini mula menyuarakan kebimbangan mereka kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai keputusan Perpustakaan Negara yang telah menjejaskan pendapatan penerbit dan penulis digital di Malaysia.
Fasiliti pinjaman e-buku mula diperkenalkan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada awal tahun 2012 sebagai salah satu usaha negara untuk menggalakkan budaya pembacaan digital apabila mendapati bahawa terdapat penurunan dalam jumlah pengunjung ke perpustakaan.
Sejak itu, kemudahan pinjaman e-buku yang menyajikan banyak judul terbitan tempatan termasuk koleksi novel-novel drama adaptasi terkenal, telah mula mencapai kadar pinjaman yang tinggi berbanding pinjaman buku bercetak dari perpustakaan fizikal.
Astro Awani
Sat Oct 29 2022

Menurut laporan terdahulu, lebih 330,0000 pembaca Malaysia bakal kehilangan akses kepada perkhidmatan pinjaman buku digital menjelang awal tahun 2024. - Gambar fail BERNAMA

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.

Tempoh operasi Perpustakaan Negara dilanjutkan hingga 7 malam bermula 2 Jan
Ia turut melibatkan Perpustakaan Komuniti PNM lain termasuk di Perpustakaan Awam Bukit Damansara, Buku2U@Radia Bukit Jelutong, AEON Mahkota Cheras, AEON AU2 Setiawangsa.

Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.

Sanggar Puisi Perpaduan 2024 memupuk benih perpaduan melalui bahasa, sastera
Pelaksanaan program ini juga suatu platform untuk membangkitkan minat dan cinta terhadap puisi.

PNM laksana Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia
Kajian itu bertujuan mewujudkan satu profil membaca yang mutakhir dan mengenal pasti tabiat membaca rakyat Malaysia.

Perkhidmatan perpustakaan digital berkuat kuasa hingga 1 Feb 2024 - PNM
PNM berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan notis pemberhentian kepada pangkalan data dalam talian E-Lib.

PNM, PBOBM boleh guna karya hak cipta tanpa perlu dapat kebenaran pemunya - MyIPO
Kebenaran yang berkuat kuasa hari ini itu bagi keperluan orang ketidakupayaan cetakan dan bukan berlandaskan keuntungan.

Baucar Buku Semarak Membaca boleh ditebus mulai 21 Okt hingga 15 Nov - PNM
Ia disusuli dengan penebusan secara fizikal di 167 buah kedai buku terpilih mulai semalam (25 Okt).

KLWBC2020: Apa ada dengan biografi?
Bagi peminat buku muzik, membaca biografi tidak mudah. Apa lagi buku-buku lagenda muzik yang muncul pada era 60-an dan 70-an.

COVID-19: Perpustakaan Negara tawar 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma
Sebagai langkah keselamatan berikutan penularan wabak Covid-19, PNM memaklumkan pihaknya menghentikan semua perkhidmatan perpustakaan negara, komuniti dan desa sehingga 30 April.

4,000 'ulat' berlegar di ibu kota!
'Ulat' yang dimaksudkan sebenarnya ialah 4,000 ulat buku yang mengambil bahagian dalam acara Larian Ulat Buku u-Pustaka 2019 di Dataran Merdeka.