Pada pagi Ahad, banyak 'ulat' yang berlegar di ibu kota.
'Ulat' yang dimaksudkan sebenarnya ialah 4,000 ulat buku yang mengambil bahagian dalam acara Larian Ulat Buku u-Pustaka 2019 di Dataran Merdeka.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Datuk Mohamaddin Ketapi yang hadir untuk melancarkan acara tersebut berkata, ia bertujuan memberikan pendedahan dan kesedaran secara meluas kepada rakyat mengenai perkhidmatan u-pustaka selain meningkatkan budaya membaca yang memerlukan gaya hidup sihat dan minda yang cerdas.
"Acara ini menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk membaca dan ia merupakan program yang baik untuk orang ramai," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan larian itu di Dataran Merdeka pada Ahad.
Rata-rata ulat buku yang hadir memang teruja dan sempat juga berkongsi tips mereka utk memupuk minat membaca dalam kalangan orang ramai.
"Yang penting, ibu bapa perlu rajin membaca dan perlu menerapkan semangat membaca kepada anak-anak dengan menyokong minat mereka.
"Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak mereka," kata seorang peserta, Shaifuna Amri Zahari.
Pandangan yang sama turut dikongsi oleh seorang lagi peserta yang hadir, Datin Noraida Saludin.
"Apabila anak-anak saya masih kecil, mereka memang minat dengan bola sepak.
"Kita pun membeli komik, majalah dan buku yang mempunyai kaitan dengan bola sepak kepada mereka.
"Dan minat mereka untuk membaca akan dapat dipupuk pada akhirnya," kata Noraida.
Selain itu, seorang peserta, Myrzela Sabtu pula berpendapat pemberian hadiah dalam tuk buku mampu memupuk sikap suka membaca itu.
"Saya selalu menghadiahkan buku kepada pekerja saya yang baru masuk bekerja atau mereka yang hendak meninggalkan syarikat kita.
"Ia antara cara yang saya rasa berkesan untuk meningkatkan tabiat membaca ini," ujar Myrzela.
Berbalik kepada istilah 'ulat buku' pula.
Ulat buku merupakan simpulan bahasa yang membawa maksud orang yang gemar membaca.
Namun, perkataan 'ulat' merupakan sesuatu yang dilabel negatif.
Oleh itu, mengapa Perpustakaan Negara bersetuju perkataan itu dilabelkan kepada pembaca buku?
Astro AWANI sempat berjumpa dengan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Nafisah Ahmad dan beliau berkata perkataan ulat dalam bidalan itu bukan bermaksud serangga.
"Ulat itu bukannya binatang ataupun serangga tetapi bermaksud mengulati di mana ulat buku tersebut mengulati diri dengan pembacaan.
"Ia adalah simpulan bahasa yang klasik dan dalam Bahasa Inggeris, ia adalah 'bookworm'.
“Istilah ini dilihat sebagai sesuatu yang signifikan untuk menggambarkan seseorang itu suka membaca walau di mana beliau berada," jelas Nafisah.
Isabelle Leong
Sun Mar 31 2019
Seramai 4,000 peserta Program Larian Ulat Buku U-Pustaka 2019 memulakan larian sebaik mereka dilepaskan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi di Dataran Merdeka pada Ahad. - BERNAMA
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
4,000 'ulat' berlegar di ibu kota!
'Ulat' yang dimaksudkan sebenarnya ialah 4,000 ulat buku yang mengambil bahagian dalam acara Larian Ulat Buku u-Pustaka 2019 di Dataran Merdeka.