Perkhidmatan pengangkutan udara di Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana ia merupakan mod pengangkutan yang kritikal dan penting bagi penduduk di kedua-dua negeri tersebut.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pengecualian tersebut merupakan keistimewaan yang diberikan kepada kedua-dua negeri di pulau Borneo itu kerana mengambil kira faktor struktur muka bumi Sabah dan Sarawak yang begitu luas.
Katanya, pengecualian cukai perkhidmatan udara di wilayah Sabah dan Sarawak berkenaan mungkin mengejutkan kerana pengangkutan udara dikenakan cukai di bawah pelaksanan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan terdahulu.
Lim berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat dan forum pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Jualan (SST) anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini pada Ahad.
Hadir sama pada majlis, yang dihadiri 1,000 pihak berkepentingan itu, ialah Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam.
Mengenai sesi taklimat itu, Lim berkata ia adalah ruang bagi kerajaan, khususnya kementerian beliau, untuk mendengar pandangan rakyat berhubung sistem percukaian yang baru dikuatkuasakan pada Sabtu.
Katanya, berdasarkan maklum balas berkenaan, kerajaan sedia meminda mana-mana perkara yang mungkin tidak sesuai dengan penerimaan rakyat dan pindaan itu akan dilakukan pada akhir tahun ini.
"Kebajikan rakyat lebih penting daripada hanya membicarakan soal menaikkan cukai. Saya tidak mengatakan cukai itu tidak penting. Ia penting. Tetapi dalam konteks yang lebih luas, anda akan saksikan bahawa memperkasakan ekonomi rakyat adalah lebih penting," katanya.
"Apa gunanya memperolehi kutipan cukai yang banyak jika rakyat menderita. Dan kita tahu bahawa inilah (rakyat menderita) yang dilakukan GST kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 02 2018
Lim Guan Eng memberi taklimat tentang perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan di Kota Kinabalu, 2 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Peniaga tidak terlibat kenaikan SST diingat jangan ambil kesempatan
Peniaga yang tidak terlibat dengan kenaikan SST diingat jangan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut lebih keuntungan.
Kerajaan dijangka perkenal semula GST dalam Belanjawan 2022 - Affin Hwang Capital
Kerajaan dijangka mengumumkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar lebih rendah daripada enam peratus dalam Belanjawan 2022.
Waspada sindiket penipuan bayaran cukai - LHDN
LHDN menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan yang mengarahkan mangsa membuat bayaran tertunggak SST.
Pertumbuhan ekonomi suku pertama susut mendadak akibat COVID-19
Ekonomi Malaysia susut kepada 0.7 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 4.5 peratus yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.
Kegagalan SST, kualiti pendidikan antara kebimbangan rakyat - Kajian
Selepas lebih setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, beberapa isu terus mendapat perhatian rakyat di negara ini.
GST: Tak ada sebab kembalikan cukai ditolak rakyat - Tun Mahathir
Kerajaan akan sentiasa menambah baik dan mengurus Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), sekali gus meningkatkan hasil negara.
291 harga barang turun selepas pelaksanaan SST
Sejumlah 291 barangan mencatatkan penurunan harga sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan pada 1 September lalu.
Tarik balik pengecualian SST kalau harga rumah tak turun - Guan Eng
Kerajaan akan menarik balik langkah pengecualian SST sebanyak enam peratus yang dikenakan terhadap perkhidmatan dan bahan binaan jika semua pemaju perumahan tidak menurunkan harga rumah.
Pengendali restoran, kedai makanan diminta kurangkan caj perkhidmatan
Menterinya, Lim Guan Eng berkata kadar caj perkhidmatan di restoran dan kedai-kedai makanan sebanyak 10 peratus adalah agak tinggi.
SST: Kadar cukai kamera, telefon dikurangkan kepada 5 peratus
Kamera dan telefon adalah barangan terbaru yang kadar cukainya telah dikurangkan kepada 5 peratus daripada 10 peratus kadar cukai yang dikenakan sebelum ini.