Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini memberi jaminan bahawa biarpun perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengalami gangguan, namun tren berkenaan masih selamat digunakan.
Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata audit keselamatan dijalankan setiap minggu bagi memastikan operasi khidmat tren berkenaan selamat.
Beliau berkata demikian semasa merujuk kepada kejadian dua buah gerabak tren LRT diselubungi asap berhampiran stesen Setiawangsa dan Universiti semalam.
“Dalam kejadian yang berlaku semalam, paling mustahak adalah Prasarana berjaya menangani insiden tersebut dengan selamat dan cepat.
“Kami berjaya memindahkan kesemua 53 penumpang dengan selamat menggunakan kaedah tren ke tren dalam tempoh tidak sampai lima minit,” katanya, ketika ditemui pada taklimat media berkenaan projek sambungan jajaran LRT di ibu negara.
Beliau berkata, walau bagaimanapun, pihaknya akan bertemu dengan syarikat pembekal tren untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian daripada berulang.
Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana pengeluar tren Aliran Transit Ringan (LRT) dan pengeluar breknya masih gagal menyelesaikan masalah brek tren sejak Februari lepas.
Azmi berkata insiden semalam yang melibatkan gangguan perjalanan dua buah tren bagi Laluan Kelana Jaya di Stesen Setiawangsa dan Stesen Universiti merupakan kejadian kali keenam setakat ini tahun ini.
Kejadian sebelum ini berlaku pada 11 Feb, 25 Feb, 18 Mac dan 28 Mac.
Pengeluar tren ialah Bombardier-Hartasuma dari Kanada sementara pengeluar brek Knorr Brake Company dari Jerman.
Beliau berkata pihaknya telah memaklumkan mengenai kegagalan sistem brek dalam empat kejadian sebelum ini kepada kedua-dua pihak berkenaan.
"Saya memang kecewa dengan tindak balas yang kita dapat daripada mereka yang kurang memuaskan. Sebaik kejadian semalam, kita sudah memberi notis keras kepada kedua-dua syarikat itu dan saya harap mereka dapat menyelesaikan isu ini dengan segera," kata Azmi.
Pada Rabu, dua tren LRT mengalami masalah brek sehingga menyebabkan asap tebal.
Insiden berlaku berdekatan stesen Setiawangsa, Kuala Lumpur dan satu lagi di Stesen Universiti, Petaling Jaya.
Tan Su Lin
Thu Jul 23 2015

Prasarana memberi jaminan bahawa biarpun perkhidmatan LRT mengalami gangguan, namun tren berkenaan masih selamat digunakan. -Foto Twitter @khaspg
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Tanah jerlus: Audit keselamatan dalam tempoh tiga tahun
Lee Lam Thye berkata, menerusi audit keselamatan itu perkara yang perlu diberi perhatian adalah bahagian bawah tanah.

PADU perlu lalui audit keselamatan berkala
Dengan mengambil kira risiko ancaman serangan siber dan kemunculan teknologi baharu, kerajaan perlu melaksanakan audit keselamatan berkala terhadap Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Lif terhempas PPR Kerinchi: Audit keselamatan, penyelenggaraan perlu dibuat babitkan lif di KL
Satu audit keselamatan dan penyelanggaran perlu dijalankan membabitkan perkhidmatan lif di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di seluruh Lembah Klang.

Pihak berkuasa, operator feri dan bot perlu buat audit keselamatan - Lee
Lee Lam Thye berkata insiden ini seharusnya membuka mata semua pihak mengenai kepentingan aspek keselamatan.

48 hospital usia lebih 50 tahun jalani audit keselamatan - Subramaniam
Antara hospital berusia lebih 50 tahun dan masih beroperasi ialah Hospital Batu Gajah (136 tahun), Hospital Balik Pulau (136), Hospital Pulau Pinang (81) dan Hospital Perlis (97).

Perkhidmatan LRT selamat digunakan walau dilanda gangguan - Prasarana
Prasarana memberi jaminan bahawa biarpun perkhidmatan LRT mengalami gangguan, namun tren berkenaan masih selamat digunakan.