JOHOR BAHRU: Perkhidmatan bas yang membawa pengembara Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor mula beroperasi hari ini tepat pukul 7.30 pagi ini.
Tinjauan Bernama di Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Larkin Sentral sejak 6.30 pagi tadi mendapati suasana terminal sedikit sunyi memandangkan tidak ramai warga Singapura, pemegang permit kerja jangka panjang atau penduduk tetap Singapura, yang menggunakan perkhidmatan bas untuk trip pertama.
Bas pertama Causeway Link yang berlepas dari terminal itu ke Queen Street, Singapura tepat 7.30 pagi tadi, cuma membawa hanya lima orang.
Bagaimanapun bas pertama dari Queen Street yang membawa warga tempatan khususnya, tiba pukul 9.15 pagi ini dengan kapasiti penuh seramai 45 orang memandangkan tiket bas habis dijual tidak sampai setengah jam selepas ia dibuka empat hari lepas.
Untuk permulaan, VTL darat melibatkan seramai 1,440 orang (satu hala) dengan 64 trip sehari, menggunakan perkhidmatan bas Handal Indah (Causeway Link) (Malaysia) dan Transtar (Singapura).
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong dijadualkan melancarkan VTL darat di Woodlands, hari ini.
Turut dijangka hadir Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Selain itu Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Azfar Mohamad Mustafar juga dijangka akan turut serta di majlis pelancaran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021

Pengembara Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin Darat, Lu Wen Yi menunggu giliran untuk menaiki bas ketika tinjauan sempena Pembukaan VTL Darat di Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Larkin Sentral hari ini. - fotoBERNAMA
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Trafik antarabangsa MAHB meningkat 52 peratus, dipacu pembukaan semula sempadan
Peningkatan 420,000 pergerakan penumpang antarabangsa direkodkan susulan pelaksanaan pelbagai program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin.

VTL Pulau Pinang-Singapura lancar, prosedur mudahkan pengembara
Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) penerbangan pertama di antara Pulau Pinang dan Singapura yang bermula hari ini berjalan lancar.

Kuota harian VTL darat ditambah mulai Isnin - Wee
Kuota harian bagi penumpang di bawah inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL Darat) Malaysia-Singapura akan ditambah daripada 2,160 kepada 3,420 orang mulai Isnin depan (14 Mac).

PRN Johor: Sukarelawan bantu bawa masuk undi pos rakyat Johor di Singapura guna VTL darat
Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalin kerjasama bagi memudahkan urusan rakyat Johor yang berada di Singapura menjalankan tanggungjawab mereka mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

VTL udara: Tangguh atau kembali beroperasi dimuktamad 48 jam sebelum 21 Jan
Keputusan akan ditentukan dalam tempoh 48 jam sebelum tamat tarikh penangguhannya iaitu pada 21 Jan tahun depan.

Singapura pertingkat protokol ujian untuk pengembara udara dari 3 Dis, tidak jejas VTL darat
Singapura akan mempertingkat protokol ujiannya untuk pengembara yang tiba di republik itu mulai 3 Dis 2021.

Perkhidmatan bas bagi VTL Darat Malaysia-Singapura mula beroperasi hari ini
Perkhidmatan bas yang membawa pengembara Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor mula beroperasi hari ini tepat pukul 7.30 pagi ini.

VTL Singapura-Malaysia: Perkembangan positif ekonomi dua hala
Ini adalah perkembangan positif yang disambut baik oleh kedua-dua negara selain usaha pemulihan sektor pelancongan dan industri lain.

P.Pinang mohon senaraikan LTAPP dalam VTL Malaysia-Indonesia
Dengan menjadikan LTAPP sebagai sebahagian daripada VTL juga membantu menyediakan jaringan perniagaan serta kemudahan yang lebih baik kepada pasaran tempatan dan antarabangsa.

VTL: Laluan udara, darat Malaysia-Singapura dibuka 29 November
VTL-Land akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan Singapura di kedua-dua belah Tambak yang telah terpisah dengan keluarga akibat pandemik COVID-19 untuk bertemu semula dengan orang tersayang.