GEORGE TOWN: Pulau Pinang memohon agar kerajaan pusat dapat menyenaraikan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dalam Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melibatkan perjalanan antara Malaysia dan Indonesia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata berdasarkan pengumuman awal yang dibuat sebelum ini, VTL Malaysia-Indonesia membolehkan perjalanan udara dilaksanakan antara kedua-dua negara namun bagi Malaysia ia hanya melibatkan Kuala Lumpur.
"Di Indonesia dua bandar tersenarai dalam VTL ialah bandar Bali dan Jakarta, ketibaan pelawat dari Indonesia adalah penting dalam mewujudkan kesan berganda kepada ekonomi negeri dan negara.
"Jika LTAPP diberi peluang yang sama seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), saya pasti ia akan memberi impak ekonomi yang baik dalam keseluruhan rantaian bekalan seperti penginapan, makanan dan minuman, logistik, runcit, pelancongan serta pengangkutan untuk utara Semenanjung," katanya dalam kenyataan hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui Aturan Koridor Perjalanan (TCA) atau VTL dijangka awal tahun depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata sebagai permulaan, inisiatif koridor perjalanan itu akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Jakarta melalui jalan udara sebelum boleh ditambah destinasi lain yang menunjukkan risiko rendah.
Mengulas lanjut, Yeoh berkata berdasarkan carta ketibaan antarabangsa untuk LTAPP bagi tempoh lima tahun iaitu dari 2015 hingga 2020 mendapati Indonesia mendahuluinya dan beliau berpendapat ia antara faktor yang perlu dipertimbangkan kerajaan pusat mengenai VTL Malaysia dan Indonesia.
Katanya selain itu, statistik Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang juga menunjukkan LTAPP mencatatkan 275,933 ketibaan dari Indonesia pada 2019, 245,920 (2018), 279,173 (2017), 264,546 (2016) dan 268,892 (2015).
"LTAPP sentiasa menjadi satu daripada lapangan terbang antarabangsa penting di Asia Tenggara yang mengalu-alukan ketibaan pelancong dari seluruh dunia," katanya.
Beliau berkata dengan menjadikan LTAPP sebagai sebahagian daripada VTL juga membantu menyediakan jaringan perniagaan serta kemudahan yang lebih baik kepada pasaran tempatan dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021

Pulau Pinang memohon agar kerajaan pusat dapat menyenaraikan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dalam Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melibatkan perjalanan antara Malaysia dan Indonesia. -Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Curi wang penumpang pesawat, dua usahawan China didenda
Dua lelaki warganegara China mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri wang milik dua penumpang pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Penerbangan terus pertama dari Shanghai Pudong ke Pulau Pinang tiba di LTAPP
Pulau Pinang menyambut ketibaan penerbangan terus pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong yang dikendalikan Shanghai Airlines.

Kabinet lulus pembesaran LTAPP, kos lebih RM1 bilion - Anthony Loke
Usaha pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang menelan kos melebihi RM1 bilion, telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada minggu lepas.

Perdana Menteri mahu projek pembesaran LTAPP dipercepatkan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya projek itu dipercepatkan disebabkan keperluan mendesak susulan peningkatan jumlah pelancong ke negeri itu.

Tempat letak kereta baharu Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mula beroperasi
Iskandar Mizal berkata tempat letak kereta bertingkat yang baharu itu dijangka dapat menangani isu kesesakan tempat letak kereta di PIA.

Projek naik taraf LTAPP dijangka bermula tahun ini - Anthony Loke
Projek tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh MAHB melibatkan kawasan sedia ada tanpa membabitkan pengambilan tanah seperti projek tambak baharu atau pengosongan kawasan sekolah.

P.Pinang bantu salurkan semua sumber bagi pelaksanaan projek pembesaran LTAPP
Kerajaan Pulau Pinang akan memberikan kerjasama penuh dengan menyalurkan semua sumber dalam pelaksanaan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

LTAPP: Guan Eng dakwa Ka Siong tidak bercakap benar
Lim Guan Eng mendakwa Wee Ka Siong tidak bercakap benar mengenai peruntukan yang dikeluarkan kerajaan Persekutuan berhubung isu pembesaran dan menaik taraf LTAPP.

Banjir kilat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang amat memalukan - Exco
Yeoh Soon Hin berkata kejadian banjir yang melanda pintu masuk dan keluar di luar bahagian bawah LTAPP itu, amat memalukan.

Banjir kilat: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dinaiki air
Perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas, dilanda banjir kilat susulan hujan lebat awal pagi Sabtu.