PUTRAJAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) komited memastikan kesemua 54 pejabatnya di seluruh negara bersedia melaksanakan inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2023 dalam memperkukuh perlindungan sosial negara dan memperkasa pasaran buruh tempatan.
Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata menerusi Belanjawan 2023, Perkeso telah diperuntuk lebih RM313 juta bagi melaksanakan lima inisiatif perlindungan sosial negara dan lima inisiatif program pasaran buruh aktif pada tahun ini.
"Inisiatif perlindungan keselamatan sosial yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 merangkumi Padanan Caruman Pekerja Sendiri, Geran Caruman Suri Rumah Miskin (Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), Program Saringan Kesihatan Perkeso Pasca-COVID-19, Geran Penjagaan Kanak-kanak bagi Wanita Kembali Bekerja dan Perlindungan Tambahan Menerusi Program LINDUNG+.
"Bagi inisiatif pemerkasaan pasaran buruh pula, ia meliputi Program Transisi PekerjaanUntuk Perantisan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan Lepasan Sekolah, Program Bina Kerjaya Pekerja Informal Gig Riders, Pelanjutan Insentif Penggajian Pekerja Secara Bersasar, Elaun Mobilitidan Pembangunan Pusat Satelit MYFutureJobs di Pusat Transformasi Bandar seluruh Malaysia," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata di bawah inisiatif Padanan Caruman Pekerja Sendiri, PERKESO akan memperluas program bantuan padanan caruman kerajaan dengan pembiayaan 80 peratus pelan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) untuk tiga lagi sektor baharu iaitu sukan, pendidikan dan ejen.
"Pembiayaan penuh caruman pula diteruskan kepada sukarelawan di sektor awam seperti sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, petugas pemulihan dalam komuniti, bomba, pekhidmat rumah ibadat dan Jabatan Sukarelawan Malaysia serta pekerja awam berstatus kontrak.
"Sebanyak RM100 juta diperuntuk bagi program ini yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 540,000 orang yang bekerja sendiri di Malaysia," katanya sambil menambah ketika ini, hanya 34 peratus atau 713,122 individu bekerja sendiri dari 2.1 juta golongan bekerja sendiri di negara ini yang menyertai SKSPS.
Bagi inisiatif SKSSR, Mohammed Azman berkata PERKESO akan menumpukan liputan perlindungan sosial kepada suri rumah dari isi rumah miskin menerusi peruntukan RM25 juta bagi melindungi 338,000 suri rumah keluarga miskin selama 12 bulan.
Beliau berkata bagi menggalakkan wanita kembali bekerja setelah berhenti selepas bersalin, PERKESO akan meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 bagi memperuntuk Geran Penjagaan Kanak-Kanak kepada Wanita Kembali Bekerja.
"Geran satu bulan bersamaan 80 peratus daripada gaji bulanan berinsurans disediakan untuk kira-kira 136,800 wanita yang kembali bekerja selepas tempoh bersalin.
"Ini melibatkan pembayaran faedah sebanyak RM292 juta setahun dan golongan ibu ini akan dibantu untuk bekerja semula menerusi Program Penempatan Pekerjaan MYFutureJobs," katanya.
Mohammed Azman berkata PERKESO juga akan bekerjasama dengan penyedia insurans swasta bagi melaksanakan inisiatif LINDUNG+ yang menyediakan pelan perlindungan keselamatan sosial di luar skop perlindungan sedia ada.
Beliau berkata di bawah inisiatif Program Transisi Pekerjaan Untuk Perantisan TVET dan Lepasan Sekolah, dengan dana RM44 juta seramai 17,000 graduan TVET berpeluang mendapat manfaat yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2023 menerusi perkhidmatan pekerjaan MYFutureJobs.
Bagi menangani isu ketidaksepadanan dari segi kemahiran pencari kerja dan keperluan industri, beliau berkata KerjayaTVET akan memfokus kepada program Penempatan dan Latihan yang membolehkan majikan menghantar belia, khususnya graduan TVET, yang diambil bekerja untuk menjalani latihan berasaskan kompetensi oleh penyedia latihan yang diiktiraf kerajaan.
"Sebagai peneraju keselamatan sosial, PERKESO komited memastikan jaringan keselamatan sosial yang inklusif dan menyeluruh tanpa meminggirkan mana-mana pihak menerusi penambahbaikan faedah serta perluasan perlindungan kepada golongan yang belum dilindungi.
"Sehubungan itu, ikhtiar-ikhtiar kerajaan yang terkandung dalam Belanjawan 2023 yang diamanahkan kepada PERKESO akan dilaksanakan dengan penuh akauntabiliti dan ketelusan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
Perkeso telah diperuntuk lebih RM313 juta bagi melaksanakan lima inisiatif perlindungan sosial negara dan lima inisiatif program pasaran buruh aktif pada tahun ini. - Gambar fail
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
AWANI Ringkas: Daerah Miri, Subis, Beluru dan Marudi antara kawasan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Manmohan Singh, Arkitek ekonomi India, meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.