Perjumpaan tertutup tidak rasmi antara Barisan Nasional (BN) dan Communist Party of China (CPC) baru-baru ini bukanlah perkara asing ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO, yang diadakan untuk bertukar-tukar pandangan.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata CPC merupakan parti pemerintah yang setiap tahun dijemput untuk menghadiri perhimpunan agung tersebut sebelum era pentadbiran Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak lagi.
Dalam pertemuan itu, katanya antara perkara yang disentuh adalah mengenai Rangka Tindakan 30 tahun CPC, program Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi mencapai kedudukan 20 negara terbaik dunia, inisiatif 'One Belt One Road' (OBOR) serta keunikan BN sebagai parti politik pelbagai kaum yang berjaya membentuk Malaysia sejak kemerdekaan.
"Soal ideologi langsung tidak disentuh malah kedua-dua belah pihak menghormati asas pembentukan parti masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini mengulas penyebaran gambar pertemuan tersebut di internet.
Pada pertemuan yang berlangsung di Hotel Istana pada 7 Dis lepas itu, BN diwakili oleh Setiausaha Kerjanya Datuk Seri Abu Khamis bersama pemimpin parti komponen BN yang lain manakala delegasi CPC diketuai oleh Ketua Biro Terjemahan CPC Prof Dr Jia Gaojian.
Tengku Adnan berkata CPC merupakan satu daripada 20 parti politik dari 16 negara yang dijemput bagi menghadiri majlis perasmian dan Ucapan Dasar Presiden UMNO pada perhimpunan agung itu.
"Jemputan kepada parti politik negara luar ke Perhimpunan Agung UMNO bukanlah perkara baharu, sebaliknya telah dibuat saban tahun malah dialog antara BN atau mana-mana parti komponennya dengan parti politik dari luar negara juga bukanlah perkara asing.
"Selain daripada dialog antara BN dan CPC, dialog serta pertemuan secara tertutup dengan parti-parti lain juga telah beberapa kali dijalankan ketika perhimpunan agung tahun ini dan tahun-tahun sebelum," katanya.
Hubungan baik antara BN dan CPC bermula sejak 1974 iaitu ketika zaman pentadbiran Tun Abdul Razak, malah pada 23 Sept 1994 ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung ketika itu, Tan Sri Mohamed Rahmat telah mengadakan lawatan bertemu Setiausaha Agung CPC, Jiang Zemin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2017

TENGKU ADNAN: Soal ideologi langsung tidak disentuh malah kedua-dua belah pihak menghormati asas pembentukan parti masing-masing. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.