Perjuangan menentang ekstremisme juga mesti diperhebatkan di luar media sosial memandangkan banyak orang tidak menggunakan platform tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, dalam usaha membincangkan isu ekstremisme dengan pelbagai kumpulan, ia seharusnya bermula dalam negara dengan melibatkan lebih banyak orang termasuk pemimpin komuniti dan agama, pertubuhan perniagaan dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).
"Kelebihan berdialog adalah jelas...ia mendidik kedua-dua pihak, mewujudkan persefahaman yang lebih baik dan paling penting mendedahkan kelemahan yang boleh menjadi permulaan kepada kepercayaan masyarakat," katanya ketika berucap pada Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIYD) 2016 di sini hari ini.
Beliau berkata banyak kumpulan belia dari seluruh rantau ini terlibat dalam membantu golongan gelandangan, memberi tuisyen kepada kanak-kanak dan aktiviti lain yang lebih terpuji.
"Pengalaman anda menggerakkan usaha di lapangan dan terlibat secara langsung dengan masyarakat adalah jenis kepakaran yang kita perlu dalam memerangi ekstremisme," katanya.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata memperoleh pelbagai pandangan yang berbeza daripada mesyuarat merupakan satu perkara tetapi langkah penting seterusnya adalah bagaimana untuk mengakali ideal ekstremisme.
Salah satu cara untuk melakukan, katanya, adalah dengan menyediakan platform untuk mangsa keganasan berkongsi pengalaman dan menerajui usaha bagi menyangkal mitos berkaitan ekstremisme dan keganasan.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata golongan belia Rohingya di negara ini perlu bekerjasama dengan badan-badan belia tempatan dalam usaha mencari keamanan di wilayah bergolak mereka di Myanmar.
"Tingkatkan penglibatan anda dengan rangkaian ini dan saya percaya anda ada platform, dengan kawan-kawan anda di Malaysia, yang boleh membantu menyuarakan kebimbingan anda dan terus menyokong usaha keamanan di negara anda," katanya.
Khairy berkata demikian pada salah satu sesi KLIYD di mana rakan strategiknya ialah Razak School of Government dan Kumpulan NSTP sebagai rakan strategik media.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2016
Perbincangan tentang isu ekstremisme perlu melibatkan lebih banyak orang termasuk pemimpin komuniti, agama dan NGO.
PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas
Enggan bincang isu rasuah Adani Group, Parlimen ditangguhkan sekali lagi
Dakwaan ini muncul apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat menuduh kumpulan tersebut terlibat dalam sebuah skim rasuah dan penipuan besar-besaran.
Tujuh cedera, kereta api dan lori bertembung
Menurut kenyataan media oleh Polish State Railways (PKP), kemalangan itu menyebabkan kelewatan perjalanan dan ratusan penumpang terkandas.
Angka korban tanah runtuh di Timur Uganda meningkat kepada 20 orang - Polis
Angka korban akibat tanah runtuh yang melanda beberapa kampung di daerah Bulambuli, Timur Uganda pada rabu malam, meningkat kepada 20 orang.
Menurut jurucakap polis wilayah Elgon, Rogers Taitika, lebih 100 orang masih dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Menurut jurucakap polis wilayah Elgon, Rogers Taitika, lebih 100 orang masih dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Datuk Bandar KL terima Anugerah Malaysian Leadership
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Fatuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dianugerahkan Anugerah Malaysian Leadership.
Tekanan masyarakat dunia mampu heret netanyahu ke ICC
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh menganggap, sikap masyarakat dunia yang
Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh menganggap, sikap masyarakat dunia yang
Astro AWANI unggul raih 5 anugerah media
Kemenangan berkenaan diraih menerusi kategori Media-Liputan Isu dan Krisis (media penyiaran) dan Astro Awani menerima kesemua anugerah emas, perak dan gangsa.
Dr Maza saman GISBH, tuntut ganti rugi RM10 juta
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media pada Ogos lepas.
Malaysia hulur sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusian
Malaysia menghulurkan sokongan kepada Lubnan melalui sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusian, menekan solidariti berterusan negara dengan rakyat LUbnan dan usaha membina keamanan.
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain
Manfaatkan kecanggihan teknologi banteras ekstremisme
Sistem data dan teknologi seperti kecerdasan buatan harus mula diaplikasi dalam membanteras ekstremisme.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Kerjasama rentas agensi tangani ekstremisme - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dilihat membimbangkan, terutama dengan insiden yang berlaku termasuk remaja yang cuba menikam seorang pemandu e-hailing baru-baru ini.
Tokoh pembangkang Rusia Alexey Navalny dihukum penjara 19 tahun lagi
Navalny telah menjalani hukuman penjara melebihi 11 tahun kerana penipuan dan tidak menghormati mahkamah.
Kajian dapati YouTube syor video senjata ganas kepada kanak-kanak
Kajian terbaharu mendapati cadangan video oleh YouTube membawa kepada video dan grafik senjata api yang ganas kepada kanak-kanak seawal usia sembilan tahun.
GPS pertahan kebebasan beragama, tolak ekstremisme - Abang Jo
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memelihara kebebasan beragama dan menolak unsur ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama di negeri ini.
Ahli politik perlu ambil serius isu agama dan bangsa - Shafie
Sifat toleransi antara berbilang bangsa dan agama di negara ini perlu dieratkan lagi bagi mengelak kejadian seumpama berlaku di negara ini.
Azmin gesa rakyat Malaysia tolak ketaksuban, ekstremisme
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa rakyat Malaysia untuk menolak ketaksuban, ekstremisme dan sikap tidak bertoleransi.
China didakwa pengaruhi ulama Indonesia berhubung Xinjiang
Laporan The Wall Street Journal pada Rabu mendakwa Beijing berjaya mengubah persepsi dalam kalangan para ulama Indonesia terhadap kem tahanan Xinjiang.
Malaysia, Rusia akan bekerjasama bendung keganasan antarabangsa
Aspek cabaran keselamatan, memerangi pengedaran dadah, keselamatan siber serta menangani jenayah terancang dan ekstremisme juga dibincang.