KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua tahun kita memerangi COVID-19, dan masih belum ada tanda-tanda kita akan dapat "memerdekakan" negara daripada pandemik itu dalam masa terdekat, tidak dapat dinafikan rata-rata masyarakat sudah semakin lelah.
Namun bagi anggota barisan hadapan yang turun "berperang" sejak pandemik dikesan di negara ini pada awal tahun lepas, khususnya petugas kesihatan, ternyata tidak wujud istilah "lelah", "putus asa" dan yang seumpamanya dalam kamus harian mereka.
Dalam temu bual bersama Bernama bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara, Pengarah Hospital Sungai Buloh Dr Kuldip Kaur Prem Singh berkata apa yang amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan sekarang ialah kerjasama dan sokongan orang ramai.
"Petugas barisan hadapan dan orang ramai perlu terus bersatu menerusi semangat 'Keluarga Malaysia' dan moto 'kita jaga kita' bagi mengharungi ujian pandemik ini.
Dalam usaha ini, matlamat mencapai imuniti berkelompok melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), perlu menjadi keutamaan agar ujian pandemik ini dapat diharungi secara bersama," katanya dalam temu bual menerusi panggilan telefon.
Menurut Dr Kuldip Kaur, sejak pandemik dikesan di negara ini, rata-rata petugas kesihatan terpaksa melakukan pengorbanan yang besar, khususnya dari segi masa bersama keluarga, menyebabkan ada yang mengalami tekanan.
"Pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah stres dalam kalangan kami warga kerja hospital, antaranya terpaksa bertugas lebih masa hampir setiap hari, ditambah dengan kurangnya mendapat cuti untuk berehat kerana ketibaan pesakit COVID-19 yang bagaikan tidak berhenti-henti.
"Namun kami tidak boleh cepat mengalah demi membebaskan negara daripada pandemik ini," katanya.
Bagi menangani masalah stres dalam kalangan petugas hospital itu, beliau berkata Hospital Sungai Buloh mewujudkan program Psychological First Aid (PFA) yang membolehkan petugas berkongsi tekanan melalui sesi luahan perasaan.
"Program ini yang diterajui oleh pakar psikiatri dan pegawai psikologi di sini sememangnya banyak membantu pihak pengurusan hospital, terutama dalam melaksanakan penambahbaikan terhadap pelbagai aspek termasuk menguruskan situasi stres dan burn out dalam kalangan petugas kesihatan," jelasnya.
Dr Kuldip Kaur turut berpandangan penghargaan masyarakat umum terhadap komitmen petugas barisan hadapan juga mampu membantu menaikkan semangat mereka untuk meneruskan perjuangan.
"Rakyat Malaysia perlulah sentiasa terus menghargai komitmen dan pengorbanan semua petugas kesihatan dalam membendung penularan wabak COVID-19, kerana pada akhirnya kita ingin menang bersama," katanya.
Bercakap mengenai pengurusan hospital itu selepas ditukarkan status kepada Full COVID-19 Hospital, Dr Kuldip Kaur berkata beberapa perubahan dilakukan termasuk menubuhkan Unit Pengurusan Katil Hospital bagi mengurus dan mengawal selia pesakit COVID-19.
Katanya hospital turut menubuhkan unit porter yang berperanan menguruskan pergerakan pesakit.
"Semua skop kerja petugas kesihatan telah disusun semula dan ditambah baik untuk mengendalikan sepenuhnya perawatan semua pesakit COVID-19," katanya, menambah pasukannya sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang keadaan luar jangka.
Hospital Sungai Buloh merupakan antara beberapa hospital Kementerian Kesihatan yang kini berfungsi merawat pesakit COVID-19 sepenuhnya.
Sementara itu, Pegawai Perubatan Residen di Hospital Pakar Regency Johor Bahru Dr Nagappan N. Sekar ketika berkongsi pengalamannya merawat pesakit COVID-19, berkata hingga kini beliau tidak dapat melupakan satu kes terawal melibatkan pesakit lelaki berusia dalam lingkungan 50-an.
"Ketika kami menerima pesakit yang mempunyai diabetes ini, beliau terpaksa dimasukkan ke ICU akibat masalah sesak nafas disebabkan oleh jangkitan COVID-19.
"Pesakit tersebut menerima bantuan oksigen, namun keadaannya terus merosot sehingga beliau memerlukan alat bantuan pernafasan.
"Pada masa itu beliau bersendirian di hospital dan hanya kelihatan beberapa rakannya. Difahamkan ahli keluarganya berada di luar negara ketika itu," katanya.
Menurut Dr Nagappan, beliau dan pasukannya berusaha memberikan rawatan yang terbaik kepada lelaki itu namun keadaannya semakin merosot dan akhirnya pesakit tersebut meninggal dunia.
"...melihat beliau berjuang melawan penyakit ini juga amatlah sukar bagi kami," katanya.
"Lebih menyedihkan, keluarganya tidak mempunyai peluang untuk melihatnya secara fizikal dan bersamanya pada waktu-waktu terakhir.
"Saya dapat memahami betapa hebatnya trauma mental yang terpaksa dilalui keluarga pesakit itu," tambahnya.
Menjadikan kes itu sebagai peringatan untuk diri sendiri dan masyarakat, Dr Nagappan berkata ahli masyarakat harus terus saling menyokong dan bantu-membantu serta mengelak berfikiran negatif selain berusaha melindungi diri dan orang sekeliling.
"Kita semua berada di barisan terakhir pertahanan negara dan sementara menunggu kehadiran cahaya di hujung terowong, kita masih perlu melalui jalan yang panjang.
"Oleh itu, kesihatan mental kita sangat penting. Lakukan aktiviti yang boleh menggembirakan anda dan keluarga. Semoga kita semua dapat segera keluar daripada pandemik ini," katanya.
Dalam pada itu, Dr Nagappan berkata pandemik tersebut turut membawa hikmah tersendiri, dan menurutnya hikmah terbesar ialah sikap prihatin rakyat Malaysia terserlah tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
"Semua orang saling melihat kebajikan saudara mara dan rakan-rakan mereka. Bantuan terus ditawarkan tanpa jangkaan pulangan.
"Itulah perkara paling indah yang berlaku kepada kita sebagai sebuah negara. Ini juga selaras amanat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahukan kita semua bersatu sebagai sebuah 'Keluarga Malaysia'," katanya.
Menurutnya pandemik juga menyaksikan kehadiran pelbagai organisasi menawarkan bantuan kepada yang memerlukan termasuk mewujudkan bank makanan.
Mengakhiri temu bual beliau, Dr Nagappan menggesa semua lapisan masyarakat tampil untuk divaksinasi secepat mungkin serta terus patuh pada prosedur operasi standard sebagai tanda solidariti ke arah memerdekakan negara daripada pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 30 2021
![Perjuangan merdekakan negara daripada pandemik tanggungjawab Keluarga Malaysia Perjuangan merdekakan negara daripada pandemik tanggungjawab Keluarga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629595039_SemangatKemerdekaan.jpg)
Dalam matlamat mencapai imuniti berkelompok melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, perlu menjadi keutamaan agar ujian pandemik ini dapat diharungi secara bersama. -Gambar hiasan
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
Ahli Dewan Rakyat wajib jalani pemeriksaan kesihatan
Semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November depan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721206884_NurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel DNA ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720707023_TBZahidHamidi.jpg)
Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.
![Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720674506_DzulkeflyAhmad.jpg)
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719815159_DrRolandVictorMD.jpg)
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
![Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719670940_TBUnggah.jpg)
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
![KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719648068_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
![Dulu jurutera, sekarang usahawan cili Dulu jurutera, sekarang usahawan cili](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719073622_PetaniASrinath.jpg)
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
![Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718882192_SITINURHIDAYAHSHA.jpg)
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.