Datuk Seri Ahmad Said yang dilahirkan pada 1957 merupakan Menteri Besar Terengganu sejak 2008 hingga 12 Mei 2014.
Beliau kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Terengganu dan merupakan bekas ahli UMNO.
Ahmad Said merupakan anak bongsu kepada pasangan Said Bin Mohamad dan Wook Binti Ali dimana beliau telah dilahirkan pada 15 Februari 1957 di Teluk Kalung, Kemaman, Terengganu.
Zaman persekolahan Ahmad bermula pada tahun 1964 di Sekolah Kebangsaan Telok Kalong, Kemaman, Terengganu. Beliau kemudiannya menyambung persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Chukai, Kemaman dari tahun 1970 hingga 1974.
Ahmad Said yang merupakan graduan jurusan sains politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mula menceburi bidang politik seawal tahun 1975 iaitu di usia 19 tahun beliau dilantik sebagai Naib Ketua UMNO Cawangan Telok Kalong, Kemaman.
Beliau memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1978 sehingga dilantik menjadi ADUN Kijal pada 1990.
Klik untuk galeri foto Perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said
Susulan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi undian majoriti di Terengganu sekaligus memegang 24 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan, dengan PAS memenangi baki lapan kerusi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Ahmad Said menang dalam kawasan DUN Kijal menewaskan calon PAS, Hazri Jusoh dengan majoriti 3,157 undi. Beliau memperoleh 8,169 undi manakala Hazri 5,012 undi.
Semasa pembentukkan kerajaan baru di Terengganu, kerajaan pusat yang pada masa itu diketuai Tun Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan pelantikan semula Datuk Seri Idris Jusoh untuk penggal kedua sebagai Menteri Besar.
Kontroversi pelantikan MB Terengganu bermula selepas Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada masa itu enggan melantik semula Idris sebagai MB negeri itu. Kontroversi sama pernah terjadi di Perlis dimana pilihan Perdana Menteri pada waktu itu ditolak dan akhirnya kuasa membuat keputusan pada waktu itu diberi sepenuhnya kepada Raja Perlis.
Pada 23 Mac 2008, pejabat Sultan Terengganu mengumumkan pelantikan ADUN Kijal, Ahmad Said sebagai menteri besar baru.
Selepas majlis angkat sumpah, Ahmad Said berikrar untuk menunaikan tanggungjawabnya serta membasmi kemiskinan di negeri itu.
Pada PRU 13, Ahmad Said memenangi kerusi Kijal, sekali lagi mengalahkan Hazri Jusoh daripada PAS dengan undian majoriti sebanyak 4,204.
Semasa krisis banjir yang melanda Pantai Timur pada Disember 2013, Ahmad Said telah menahan dua buah lori Gardenia bagi mengagihkan makanan kepada mangsa banjir yang berada dalam keadaan kelaparan waktu itu, dimana tindakan ini telah mendapat pujian termasuk oleh pihak pembangkang.
Ahmad Said turut dipuji rakyat Malaysia selepas insiden tersebut menjadi bualan hangat di platform media sosial Facebook dan blog.
Februari lalu, Ahmad Said mengkritik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghukum Pasukan Bola Sepak Johor (Johor FA), bukannya individu yang terlibat dalam insiden ‘serangan terowong’ di Stadium Larkin.
FAM mengenakan denda RM30,000 kepada Johor FA untuk insiden tersebut sewaktu perlawanan pusingan kedua Piala FA, Johor Darul Takzim (JDT) menentang T-Team pada 1 Februari 2014.
Ahmad mendakwa keputusan FAM itu tidak wajar kerana pengadil dan pegawai perlawanan tidak melihat apa yang berlaku dalam terowong sewaktu perlawanan berhenti rehat pada separuh masa pertama.
Beliau turut meminta pemain dan pegawai T-Team yang menyaksikan kejadian di terowong Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor baru-baru ini, termasuk pemain pertahanan pasukan itu, Mohd Irfan Abdul Ghani, bersumpah menggunakan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran.
Pada 12 Mei 2014, Ahmad Said meletak jawatan sebagai MB Terengganu seterusnya memberi laluan kepada Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang merupakan ADUN Seberang Takir menjadi MB.
Ahmad Said dilaporkan keluar daripada UMNO selepas permintaannya untuk meletak jawatan selepas 17 Mei ini tidak dibenarkan.
Ahmad Said ketika dihubungi Astro AWANI berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pertukaran itu namun ditolak atas alasan ia perkara peribadi.
Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika ini adalah 15 kerusi Barisan Nasional, 15 lagi Pakatan Rakyat dan dua Bebas selepas Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar parti beberapa jam selepas perletakan jawatan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Astro Awani
Tue May 13 2014
Datuk Seri Ahmad Said - Gambar fail
Hampir 2,000 meriahkan siri pertama di Negeri Sembilan
Hampir 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Program Assalamualaikum RaRa 2025 anjuran Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, pada Sabtu.
Rakyat Syria berhadapan ancaman periuk api di kawasan perumahan
Selepas bebas dari kisah perang saudara, rakyat Syria kini menghadapi ancaman baru, iaitu periuk api dan juga bahan letupan yang masih aktif di kawasan rumah mereka.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Rumah transit remaja hamil bawah umur pertama akan dibuka
Rumah transit bagi remaja hamil bawah umur yang pertama akan dibuka DI Kuching dengan kerjasama pelbagaI NGO.
Hutan simpan kekal di Malaysia
Hari ini bermula penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang bertujuan menambah baik pengurusan Hutan Simpanan Kekal.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) diminta agar terus memantau tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat di semua peringkat untuk menghadapi bencana.
Perkembangan terkini banjir di Sarawak
Perkembangan terkini banjir di Sarawak bersama
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
AWANI Borneo [1/2/2025] – Bantuan RM1,000|Banjir|Hari Wilayah
Tumpuan AWANI Borneo 1 Feb 2025 bersama Nickyson Nyambar
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalammualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan wilayah persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
Dana kesiapsiagaan bencana perlu dipertingkatkan
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar pihak kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
Kalau pemimpin buat salah, perlu ditegur - Tun Mahathir
Teguran harus diberi tetapi dalam masa yang sama kekuatan parti haruslah dijaga, dan bukan mengambil tindakan yang melemahkan parti.
PAS ucap tahniah kepada Ahmad Razif, sedia bekerjasama
PAS Terengganu turut berharap Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Politik Terengganu: Guna pendekatan diplomasi bukan 'kasar' - Tun Mahathir
Jika pemimpin UMNO pusat menggunakan pendekatan secara 'kasar', ia hanya mengundang masalah.
Ahmad Said mengaku dipujuk sertai PAS ketika jadi ADUN Bebas
Namun dia tidak akan berpaling tadah dari UMNO walapun ada pihak menuduhnya sebagai pengkhianat.
Pelantikan bukan tergesa-gesa - Ahmad Razif
Pelantikan mengikut proses yang dipersetujui perdana menteri serta mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Roslee akui keputusan keluar parti tanpa arahan sesiapa dan terburu-buru
Beliau mengakui terkejut dan kurang jelas mengenai pertukaran MB namun yakin setelah diberi penjelasan oleh pucuk pimpinan parti.
Tiga Pegawai Kanan pejabat Menteri Besar Terengganu ditukar
Beberapa bertukaran lagi dijangka akan berlaku untuk disesuaikan dengan pertukaran menteri besar yang baharu.
Krisis politik Terengganu uji kematangan proses demokrasi negara
Proses periksa dan imbang bakal memainkan peranan yang penting bagi pihak kerajaan dan pembangkang mewujudkan kerajaan yang utuh.
Hishammuddin sifatkan tindakan Ahmad Said keluar parti satu kesilapan
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Ahmad Said sepatutnya akur dengan surat yang telah ditandatanganinya sebelum ini.
ADUN Bukit Besi tarik balik surat keluar UMNO
Roslee telah menarik kembali keputusan untuk keluar dari UMNO selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangannya.