Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said melakukan kesilapan apabila mengambil keputusan keluar daripada parti.
Ini kerana beliau sepatutnya akur dengan surat yang telah ditandatanganinya sebelum ini.
"Justeru, tidak ada sebab untuk beliau bertindak begini sehingga tergamak mencemar imej parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, menambah UMNO Terengganu perlu sentiasa matang, setia dan meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan tatkala berhadapan kemelut politik ini.
Tambahnya kemelut UMNO di negeri itu bukanlah perkara baru malah telah bermula sejak PRU-12 lagi.
Namun UMNO khususnya UMNO Terengganu mempunyai cara dan pendekatan tersendiri dalam menyelesaikan masalah dan konflik yang wujud.
"Pada masa sama, semua pihak harus beri ruang dan masa untuk pucuk pimpinan parti menggunakan segala saluran yang ada bagi menyelesaikan kemelut ini," katanya.
Beliau berkata ketika Terengganu diperintah oleh pembangkang pada satu masa dahulu, banyak masalah rakyat tidak mampu diselesaikan dan ramai yang putus harapan.
"Oleh itu, jangan kita biarkan pisang berbuah dua kali dan rakyat berada dalam situasi sukar," kata Menteri Pertahanan dan juga pemangku Menteri Pengangkutan itu.
Hishammuddin turut menyeru semua pihak agar rasional, bertindak bijak dan tidak mengambil keputusan melulu sehingga melangkaui kepentingan parti ketika berhadapan insiden terkini itu.
"Jangan terburu-buru atau melatah ketika kita berhadapan dengan ujian sebegini kerana pihak lawan sentiasa menunggu untuk mengambil kesempatan. Sebaliknya, marilah rapatkan barisan demi parti keramat ini khususnya UMNO Terengganu," katanya.
"Situasi sebeginilah yang saya terpaksa lalui dan tempuhi ketika memimpin UMNO Terengganu sebelum ini." tambahnya lagi.
Terengganu menjadi tumpuan selepas Datuk Seri Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN Kijal), meletak jawatan sebagai Menteri Besar disusuli majlis angkat sumpah ADUN Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baharu pada Isnin.
Susulan perkembangan itu, Ahmad, ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar UMNO dan menjadi wakil Bebas.
Bagaimanapun, Roslee menarik kembali surat keluar daripada UMNO pada petang Selasa dan kembali menjadi wakil rakyat BN menjadikan BN kini memegang 16 kerusi termasuk kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2).
Tan Su Lin
Tue May 13 2014

Hishammuddin sifatkan tindakan Ahmad Said keluar parti satu kesilapan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.
Siklon Alfred: Penduduk bergelut dengan pokok tumbang, bekalan elektrik terputus
Kira-kira 316,540 penduduk terputus bekalan elektrik di tenggara Queensland, dengan bandar Gold Coast merupakan kawasan paling teruk terjejas.
Darurat diisytiharkan di Long Island, New York
Darurat diisytiharkan di New York pada Sabtu ketika kebakaran hutan terus merebak di Long Island, memaksa penduduk dipindahkan dan mengakibatkan gangguan besar.
Penunjuk perasaan berhimpun, tuntut keadilan dan keselamatan kanak-kanak
Mereka turut mendesak kerajaan untuk bertanggungjawab penuh serta memberikan jaminan keselamatan kanak-kanak di negara itu terpelihara.

Masters Orleans: Strategi pukulan sempurna Wan Aris- Roy King undang padah - Rexy
Strategi pasangan beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King untuk menghasilkan pukulan sempurna mengundang padah apabila tersingkir di separuh akhir Masters Orleans 2025, pada Sabtu.
Malaysia mahu tetapkan standard baharu tadbir urus global
Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global, berasaskan nilai-nilai berkekalan seperti keterangkuman, kepelbagaian dan perancangan berorientasikan masa hadapan.
AI perlu diperkenalkan di sekolah rendah, tanpa tambah sukatan sedia ada
Penggunaan kecerdasan buatan (AI) di peringkat sekolah rendah wajar diperkenalkan secara berperingkat dengan pendekatan lebih organik, tanpa menambah beban sukatan pelajaran sedia ada.

Kalau pemimpin buat salah, perlu ditegur - Tun Mahathir
Teguran harus diberi tetapi dalam masa yang sama kekuatan parti haruslah dijaga, dan bukan mengambil tindakan yang melemahkan parti.

PAS ucap tahniah kepada Ahmad Razif, sedia bekerjasama
PAS Terengganu turut berharap Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Politik Terengganu: Guna pendekatan diplomasi bukan 'kasar' - Tun Mahathir
Jika pemimpin UMNO pusat menggunakan pendekatan secara 'kasar', ia hanya mengundang masalah.

Ahmad Said mengaku dipujuk sertai PAS ketika jadi ADUN Bebas
Namun dia tidak akan berpaling tadah dari UMNO walapun ada pihak menuduhnya sebagai pengkhianat.

Pelantikan bukan tergesa-gesa - Ahmad Razif
Pelantikan mengikut proses yang dipersetujui perdana menteri serta mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Roslee akui keputusan keluar parti tanpa arahan sesiapa dan terburu-buru
Beliau mengakui terkejut dan kurang jelas mengenai pertukaran MB namun yakin setelah diberi penjelasan oleh pucuk pimpinan parti.

Tiga Pegawai Kanan pejabat Menteri Besar Terengganu ditukar
Beberapa bertukaran lagi dijangka akan berlaku untuk disesuaikan dengan pertukaran menteri besar yang baharu.

Krisis politik Terengganu uji kematangan proses demokrasi negara
Proses periksa dan imbang bakal memainkan peranan yang penting bagi pihak kerajaan dan pembangkang mewujudkan kerajaan yang utuh.

Hishammuddin sifatkan tindakan Ahmad Said keluar parti satu kesilapan
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Ahmad Said sepatutnya akur dengan surat yang telah ditandatanganinya sebelum ini.

ADUN Bukit Besi tarik balik surat keluar UMNO
Roslee telah menarik kembali keputusan untuk keluar dari UMNO selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangannya.