Ringkasan AI
- Program Assalammualaikum RaRa 2025 Astro kembali dengan kempen istimewa bertemakan 'Meriah Lain Macam'.
- Selebriti dan pengacara terkenal, Sherry Al-Hadad, yang dilantik sebagai Duta RaRa Astro 2025, berkongsi keterujaannya menyertai program tersebut.
- Menurut Sherry, program ini bukan sahaja meraikan Ramadan dan Syawal, tetapi juga menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.
Selebriti dan pengacara terkenal, Sherry Al-Hadad, yang dilantik sebagai Duta RaRa Astro 2025, berkongsi keterujaannya menyertai program tersebut.
Menurut Sherry, program ini bukan sahaja meraikan Ramadan dan Syawal, tetapi juga menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.
“Saya sangat teruja untuk terlibat dalam Assalammualaikum RaRa 2025 sebagai Duta RaRa Astro 2025 kerana acara ini benar-benar mencerminkan makna Meriah Lain Macam!
"Kita raikan tradisi setempat macam aktiviti hari ini, meraikan tradisi Mantai untuk Negeri Sembilan. Setiap tempat punya tradisi masing-masing dan itulah yang menjadikan pengalaman ini unik,” katanya kepada Astro Awani di Bandar Sri Sendayan, pada Sabtu.
Selain itu, Sherry berkata, segmen 'Mantai Bersama' turut menjadi tumpuan dengan fokus kepada makanan dan kebersamaan.
“Makanan memang memainkan peranan besar dalam menyatukan keluarga dan sahabat handai, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.
"Hidangan wajib saya sudah tentu ayam percik, makanan kegemaran yang selalu mengingatkan saya kepada keluarga dan saat berbuka puasa bersama,” kata Sherry.
Mengenai tradisi yang paling dekat di hatinya, Sherry menegaskan betapa pentingnya nilai kebersamaan dan silaturahim yang terjalin sepanjang Ramadan dan Syawal.
“Saya membesar dengan pelbagai tradisi yang penuh bermakna, tetapi yang paling dekat di hati ialah berbuka puasa beramai-ramai dengan keluarga besar.
"Dari memasak bersama hingga ke solat Maghrib berjemaah, semua ini buat saya rasa bersyukur. Bila Raya pula, tradisi kunjung-mengunjung dan bermaafan memang wajib diteruskan,” tambahnya lagi.
Jelajah Assalammualaikum RaRa 2025 Astro dijangka bakal menjadi platform untuk masyarakat menikmati Ramadan dan Syawal dengan penuh keunikan serta kebersamaan.