KUALA LUMPUR: Seniman Pyanhabib yang meninggal dunia malam tadi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, di sini, pagi ini.
Menurut anaknya Ashman, jenazah bapanya akan diuruskan di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, sebelum dikebumikan dan orang ramai boleh hadir bagi memberi penghormatan terakhir.
"Arwah ayah akan dikebumikan pada hari Rabu, 5 Jun 2024, pagi nanti.
"Kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan ayah yang ingin ziarah, arwah akan dihantar ke Masjid As-Sobirin antara jam 8.40 dan 9 pagi.
"Pada jam 9 pagi hingga 10.30pagi, jenazah akan dimandikan dan disolatkan. Diikuti, antara jam 10.30 dan 11 pagi, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 ,” katanya menerusi perkongsian di Facebook awal pagi ini.
Pyanhabib, atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman, meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang malam tadi pada usia 66 tahun.
Pyanhabib merupakan seorang penyair dan pelakon, dilahirkan pada 27 Mei 1958 di Taiping, Perak.
Antara kerja seni yang meningkatkan namanya ialah watak Osman Tikus yang beliau berjaya bawakan dalam filem Kembara Seniman Jalanan pada 1986.
Menurut laporan Sinar Harian, Pyanhabib dipercayai hilang pendengarannya ketika berusia 12 tahun setelah diserang demam panas.
Antara filem yang pernah dilakonkan Allahyarham adalah Tsu Feh Sofiah (1986), Rozana Cinta 87 (1987), Tak Kisahlah Beb (1989), Mat Som (1990), Rock Oo! (2013), Apokalips X (2014) dan Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium (2015).
Pyanhabib pernah dicalonkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem arahan Rahim Razali berjudul Tsu Feh Sofiah, namun beliau menolak penganugerahan tersebut di Festival Filem Malaysia ke-7.
Beliau dikatakan terkilan kerana tidak dipertandingkan menerusi filem Kembara Seniman Jalanan dan menjadikan satu-satunya pelakon yang menolak pengiktirafan tertinggi dalam industri filem di negara ini sehingga kini.
Astro Awani
Wed Jun 05 2024

Pyanhabib meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang malam tadi pada usia 66 tahun.
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Allahyarham Pyanhabib selamat dikebumikan
Jenazah seniman Pyanhabib atau lebih dikenali sebagai Mohd Supyan Abdul Rahman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Keramat, KL sekitar jam 11 pagi tadi.

Babah pergi mendadak, saya masih terkejut - Anak Pyanhabib
Menurut Najihah, arwah bapanya tidak pernah berdepan dengan sebarang penyakit kronik.

Perjalanan akhir Pyanhabib ke alam abadi
Menurut anaknya Ashman, jenazah bapanya akan diuruskan di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, sebelum dikebumikan.

Pyanhabib seorang seniman yang amat disayangi dan disegani - Fahmi
Fahmi berkata Pyanhabib merupakan seorang penyajak, penulis, pelakon serta seniman yang amat disayangi dan disegani.

PKP datang lagi! Apa perlu dipelajari industri buku
Pembelajaran yang sukar tetapi mesti ditekuni kerana saya percaya "penstriman video adalah realiti komunikasi masa depan."

KLWBC 2020: Mengenal Pyanhabib lelaki sunyi yang berani
Ketika muda dan mula menyerap populariti di dunia hiburan dan dikenali di bidang kesusasteraan - Pyanhabib sebenarnya lelaki sunyi.

COVID-19: Sajak nukilan Pyanhabib buat frontliners
Pyanhabib sangat tersentuh dengan pengorbanan yang dilakukan oleh petugas-petugas kesihatan yang mengorbankan masa dan tenaga dalam 'perang' melawan COVID-19.

Azmi Bahron galas cabaran jadi pekak dalam 'Tulus Ikhlas'
Pelakon Azmi Bahron menggalas cabaran untuk melakonkan watak seorang pemuda yang mempunyai masalah pendengaran dalam filem Tulus Ikhlas.

31 seniman hasilkan lukisan interpretasi puisi Pyanhabib
Pameran bertemakan 'Melukis Puisi: Sebuah Pencitraan Puisi Puisi Pyanhabib', pengunjung berpeluang melihat puisi Pyan Habib divisualkan.