JEMPOL: Peristiwa diserang hendap oleh tentera Indonesia sebaik tiba di Batu Lintang, Sarawak antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh Lans Koperal Yaacob Ahmad, 86, sepanjang 22 tahun berkhidmat dalam ketenteraan.
Masih segar dalam ingatan Yaacob yang bertugas sebagai pemandu trak tentera ketika itu sedang membawa sepasukan anggota tentera menuju ke kem utama di Sarawak telah diserang hendap pada waktu malam di kawasan terpencil di Batu Lintang sekitar 1960-an.
Menceritakan detik cemas itu, dia dan pasukan dibantu oleh askar Gurkha yang bertindak melindungi mereka daripada terkena tembakan sementara pasukan bersiap sedia dengan senjata masing-masing sebelum bertempur dengan tentera lawan.
"Kami bernasib baik apabila askar Gurkha datang memberikan bantuan. Mereka memberi jaminan keselamatan kepada kami," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Lonek hari ini.
Anak kelahiran Jempol itu turut mengimbau masa lalu ketika awal perkhidmatannya sebagai askar British Malaya di Singapura selama dua tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Sebagai pemandu trak yang ditugaskan membawa meriam dan senjata api, dia tidak menafikan memikul tanggungjawab berat dan sentiasa bersiap sedia dalam apa jua situasi meskipun berdepan risiko diserang oleh pengganas.
Katanya, perasaan ketika itu bercampur baur kerana bimbang diserang hendap oleh pengganas sepanjang perjalanan untuk menghantar senjata meskipun terlatih peka dengan keadaan sekeliling.
"Bagaimanapun saya bersyukur sepanjang bertugas di Singapura tidak ada kejadian tidak diingini berlaku sebelum ditempatkan di beberapa kem di Kajang, Selangor; Sungai Besi, Kuala Lumpur dan terakhir di Taiping, Perak pada 1976," katanya yang mula menyertai ketenteraan pada 1955 hingga 1976 itu.
Mengingat semula tarikh keramat 31 Ogos 1957, bapa kepada 11 orang anak itu berkata perasaan kegembiraan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata biarpun ketika itu sedang bertugas di Singapura.
"Apa yang dapat saya katakan jerih perih untuk merdekakan negara daripada penjajah bukanlah tugas mudah kerana perlu berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta," katanya.
Mengambil contoh situasi pandemik COVID-19 ketika ini, Yaacob berkata seluruh rakyat perlu bersatu hati berjuang memerangi wabak maut itu dengan mematuhi setiap arahan kerajaan dan memberi kerjasama baik dengan semua petugas barisan hadapan.
Bagi pesara tentera Lans Koperal Kamaruzaman Md Shah, 60, pula meskipun tidak bertempur ketika zaman pemerintahan penjajah, dia menyifatkan kejadian berbalas tembakan ketika diserang lanun di Pulau Banggi, Sabah sekitar 1980 merupakan cabaran buat dirinya.
Dia berkata ketika mempertahankan tanah air daripada dicerobohi lanun, kekuatan pasukan tentera berjaya menghalau lanun tersebut keluar ke perairan antarabangsa.
Katanya, lima tahun berkhidmat di Kudat, Sabah, dia yang bertugas di bahagian semboyan berkata cabaran lain dilaluinya adalah memikul peralatan dan barangan termasuk radio seberat 70 hingga 100 kilogram ketika meredah hutan.
"Selain kekuatan dari segi fizikal, ketika itu juga saya perlu melawan emosi dan tabahkan diri kerana tidak dapat balik beraya dan perlu berjauhan dengan keluarga," katanya yang berasal dari Jelebu.
Kamaruzaman menyifatkan cabaran dihadapi negara kini lebih hebat apabila perlu memerangi musuh yang tidak kelihatan iaitu COVID-19 dalam tempoh dua tahun ini, justeru menjadi tanggungjawab setiap individu memerangi wabak maut itu sehingga negara mencapai kemenangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021
Yaacob berkata perasaan ketika itu bercampur baur kerana bimbang diserang hendap oleh pengganas sepanjang perjalanan untuk menghantar senjata. - Gambar hiasan
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.
AWANI Global: Membangun Semula Gaza
Diskusi dan analisis mengenai membangunkan semula Gaza dan mempergiatkan bantuan kemanusian bersama Dr Hafidzi Mohd Noor dan Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman dalam AWANI Global jam 9.00 malam ini.
Banjir: 14 tan makanan dihantar ke pedalaman Tatau
Sebanyak 14 tan bekalan makanan telah dihantar kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Tatau kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Bintulu.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.
AWANI Ringkas 2 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Februari 2025
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
AWANI Ringkas: SPRM akan panggil beberapa artis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: kenderaan MPV catat kemalangan tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan tertinggi
Kenderaan pacuan empat roda mencatatkan jumlah paling tinggi terlibat dalam kemalangan sehingga Sabtu, sehari sebelum tempoh Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025 berakhir.
Wanita 'serang hendap' majlis perkahwinan bekas kekasih
Pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam majlis sebelum seorang wanita membaling tanah liat kepada pasangan itu.
1 askar maut, 7 cedera dalam serangan hendap di Filipina
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Pegawai, anggota tentera India maut dalam serang hendap
Serangan dilakukan ke atas konvoi yang diketuai Kolonel Viplav Tripathi dari pasukan separa tentera Assam Rifles di Manipur.
Peristiwa diserang hendap tidak dapat dilupakan pemandu trak tentera
Anak kelahiran Jempol itu turut mengimbau masa lalu ketika awal perkhidmatannya sebagai askar British Malaya di Singapura.
Bekas 'Home Guard' mengimbau kembali detik hitam diserang komunis
Che Wan Muda Che Wan Su melihat sendiri bapa saudaranya mati ditembak sekumpulan pengganas komunis dalam satu tragedi serang hendap.
Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan
Enam rumah di kawasan hutan di belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort yang menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimusnahkan.
Tiga bekas tentera kongsi pengalaman melawan komunis
Kejadian berlaku semasa dia dan lima lagi anggota tentera dalam perjalanan menaiki sebuah trak, dari Pengkalan Hulu ke Bukit Berapit, Perak, untuk menghantar bekalan makanan kepada anggota operasi.
11 pemandu bas mini maut diserang hendap
Kesemua mangsa diserang hendap ketika dalam perjalanan pulang ke Johannesburg selepas menghadiri majlis pengebumian rakan mereka Sabtu lalu.
Usul undi tidak percaya tidak boleh dibuat secara 'serang hendap' - Pandikar Amin
Sebarang usul undi tidak percaya tidak wajar dibuat secara "serang hendap", sebaliknya harus dimaklumkan melalui notis kepada dewan terlebih dahulu.