SHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor memuji tindakan individu yang merakam video seekor beruang matahari berkeliaran di sebuah lokasi berdekatan jalan raya di Sungai Panjang, Sabak Bernam, dekat sini, tanpa mendedahkan secara spesifik lokasi haiwan ditemui itu kepada umum.
Pengarahnya Haidar Khan Mokbolhasan berkata tindakan tidak mendedahkan lokasi beruang berkenaan dapat mengelakkan kawasan tersebut menjadi tumpuan pemburu haram yang boleh mengancam kehidupan haiwan yang dilindungi itu.
"Pihak Perhilitan ingin berterima kasih kepada mereka yang berkenaan kerana tidak mendedahkan lokasi sebenar penemuan beruang tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau mengulas penularan sebuah rakaman video berdurasi 48 saat di Facebook yang memaparkan seekor beruang matahari berkeliaran di sebuah lokasi berdekatan jalan raya di sekitar Sungai Panjang, Sabak Bernam.
Menurut beliau kawasan tersebut merupakan habitat haiwan berkenaan namun pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung tindakan beruang tersebut yang keluar dari hutan berdekatan.
"Hidupan liar tersebut merupakan antara yang dilindungi sepenuhnya (di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010), jadi (Perhilitan) memohon semua pihak bersama-sama dalam memelihara haiwan berkenaan," katanya.
Haidar Khan turut menasihati orang awam yang terserempak dengan mana-mana hidupan liar di kawasan jalan raya untuk membiarkan haiwan itu melintas jalan terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan mereka tanpa mengganggu haiwan tersebut.
Katanya pengguna jalan raya juga diminta mematuhi had laju yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kemalangan terutamanya di kawasan yang menjadi tempat laluan hidupan liar.
Beliau memaklumkan sebanyak enam ekor hidupan liar pelbagai spesies mati disebabkan kemalangan jalan raya sekitar Jalan Sungai Panjang sejak 2016 hingga tahun lepas, namun tiada sebarang kematian direkodkan pada tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 22 2021

Menurut Perhilitan, tidak mendedahkan lokasi beruang berkenaan dapat mengelakkan kawasan tersebut menjadi tumpuan pemburu haram.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Perhilitan pantau kehadiran buaya di tasik Shah Alam
Perhilitan pantau kehadiran buaya di Tasik Shah Alam

NRES lindungi flora dan fauna melalui inovasi digital
Ia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan inovasi digital dalam usaha mengukuhkan konservasi fauna dan flora liar.

Perhilitan sahkan terima aduan kehadiran harimau belang di Maran
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang mengesahkan menerima laporan kehadiran seekor harimau belang di Kampung Serengkam, Maran, semalam.

Gajah masuk kebun: Pekebun dinasihat bina parit, pagar elektrik
Para pekebun di sini dinasihatkan untuk mengambil langkah lebih efektif seperti pembinaan parit atau pagar elektrik gajah bagi mengurangkan gangguan haiwan liar khususnya gajah.

Tapir jantan sesat masuk bandar
Rakaman video tapir berkenaan yang hilang arah selepas tersesat mula tular di media sosial sejak Rabu sebelum ia berjaya ditangkap di Kampung Kubang Miang.

Perhilitan Pahang berjaya tangkap gajah jantan
Haiwan liar tersebut berjaya ditangkap kira-kira jam 12 tengah hari selepas operasi dijalankan sejak Ahad lalu.

Tiga Pos Orang Asli di Gua Musang bimbang ancaman gajah liar sejak minggu lepas
Lebih 2,000 penduduk penempatan masyarakat Orang Asli di Pos Belatim, Pos Bihai dan Pos Gob berdepan detik cemas apabila penempatan mereka diancam haiwan liar itu sejak minggu lepas.

2,958 haiwan liar berjaya dirampas Perhilitan
Sepanjang operasi terbabit, pihaknya telah merampas 114 ekor haiwan daripada spesies mamalia serta 344 bahagian.

Gajah liar ancam 500 Orang Asli Pos Brooke
Bukan sahaja merosakkan tanaman, malah ia masuk ke kawasan kampung dan menceroboh padang meskipun ketika penduduk sedang bermain bola.

Gambar tular bukan tapak kaki harimau belang
Ia berdasarkan siasatan yang dijalankan pihaknya di lokasi penemuan tapak kaki tersebut berhampiran sebuah kampung di Batu Kikir, Jempol.