BANGKOK: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini sekali lagi memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menutup sektor ekonomi dan industri walaupun kes COVID-19 harian yang direkodkan di Malaysia kini masih tinggi.
Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia perlu untuk hidup bersama COVID-19 selepas dua tahun melawan penularan virus itu.
"Walaupun kes COVID-19 meningkat mencecah 30,000 kes, kes (COVID-19) berada dalam kategori empat dan lima adalah kurang daripada satu peratus.
"Kita tidak akan menutup sektor ekonomi... sebaik sahaja kita dah buka, kita akan buka seterusnya," katanya pada majlis perjumpaan bersama Keluarga Malaysia yang dihadiri kira-kira 100 rakyat Malaysia termasuk pelajar di sebuah hotel di sini hari ini.
Hadir sama ialah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.
Ismail Sabri berkata kadar vaksinasi yang tinggi juga akan membolehkan Malaysia membuka semula sempadan antarabangsanya tidak lama lagi.
"Kita akan buka sempadan tidak lama lagi. Sekarang kita dalam proses menyakinkan rakyat kita bahawa jangkitan luar tidak boleh membahayakan. Rakyat Malaysia yang sudah lama tidak balik, bolehlah balik. Kita akan umumkan bila kita akan buka (sempadan)," katanya.
Perdana Menteri berkata kini Malaysia telah mewujudkan Laluan Perjalanan Vaksinasi Darat (VTL) dengan Singapura, manakala VTL antara Malaysia-Brunei dijangka bermula Mac 1, dan Malaysia-Indonesia dijangka tidak lama lagi.
"Bagi Thailand, kita akan mewujudkan VTL.... Kalau boleh (wujudkan VTL), kita boleh buka (sempdan) segera," kata Ismail Sabri yang tiba di Bangkok semalam untuk lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha.
Dianggarkan 5,000 hingga 6,000 rakyat Malaysia sama ada yang belajar atau bekerja di Bangkok, namun hanya 1,018 rakyat Malaysia termasuk 40 pelajar melanjutkan pengajian di universiti-universiti di sekitar sini yang berdaftar secara rasmi dengan pihak kedutaan.
Sehubungan itu, Jojie menggalakkan semua rakyat Malaysia yang berada di Thailand untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok ataupun Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama Keluarga Malaysia di Thailand, hari ini. - Foto BERNAMA
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Cacar monyet: Persediaan awal KKM tidak memungkinkan PKP, tutup sempadan semula - MPN
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata setakat ini jangkitan cacar monyet dan peningkatan kes COVID-19 di dalam negara masih terkawal.
Perdana Menteri ulangi jaminan tidak akan tutup sektor ekonomi dan industri
Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia perlu untuk hidup bersama COVID-19 selepas dua tahun melawan penularan virus itu.
Permintaan perjalanan domestik naik pada April 2021 - IATA
Pemulihan dalam perjalanan penumpang antarabangsa telah terhenti berikutan sekatan perjalanan yang dikenakan oleh kerajaan.
Pengantin baharu bersatu semula selepas terpisah 16 bulan akibat COVID-19
Hariz akhirnya berjaya pulang ke Malaysia pada 10 Feb lepas dan setelah menjalani kuarantin 10 hari, pasangan itu bersatu semula.
COVID-19: Thailand rangka garis panduan untuk buka sempadan
Thailand sedang berbincang bagi merangka satu set garis panduan bagi menghalang gelombang kedua jangkitan COVID-19.
Cuma demam biasa, semua pelancong atas kapal bebas koronavirus
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin telah menandatangani surat arahan penutupan sempadan di antara Rusia dan China berkuatkuasa serta merta.