Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) hari ini mengumumkan pelantikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Timbalan Pengerusi menyertai Lembaga Pemegang Amanahnya yang dianggotai empat ahli, berkuat kuasa 14 April, 2020
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun tiada sebarang perubahan bagi dua ahli Lembaga Pemegang Amanah YPB sedia ada, iaitu Tan Sri Dr Zeti Aziz dan Tan Sri Setia Haji Ambrin Buang.
"Lembaga Pemegang Amanah YPB dan Lembaga Pengarah PNB mengalu-alukan pelantikan baharu barisan Lembaga Pemegang Amanah YPB dan akan bekerjasama rapat dengan kepimpinan serta bimbingan mereka bagi membawa PNB ke tahap seterusnya dalam usaha untuk menjadi sebuah firma pelaburan distinktif bertaraf dunia yang terus gigih menghasilkan pulangan mampan untuk 14 juta pemegang unitnya," kata PNB.
Lembaga Pemegang Amanah YPB dan Lembaga Pengarah PNB turut merakamkan penghargaan kepada mantan Pengerusi YPB, Tun Dr Mahathir Mohamad dan mantan Pengerusi Alternatif, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas bimbingan dan sumbangan mereka sepanjang tempoh kepimpinan.
--BERNAMA
Bernama
Mon Apr 20 2020

Muhyiddin dan Tengku Zafrul dilantik sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi YPB.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Pecah amanah RM2.6 juta, bekas eksekutif akaun Yayasan Nurul Yaqeen akan didakwa hari ini
Wanita itu telah meletak jawatan sebagai eksekutif akaun di yayasan amal tersebut pada 23 Jan 2019 sebaik sahaja audit dalaman dijalankan.

'Mahu lebih peruntukan? MCA, sila lepaskan UTAR, TAR UC' - Guan Eng
Gesaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu dibuat sehari selepas membentangkan Belanjawan 2020 yang menyaksikan UTAR yang dimiliki MCA itu hanya menerima RM1 juta.

YaPEIM di landasan baik bangunkan semula reputasi
Proses pemulihan dan penjajaran semula terhadap urusan pentadbiran telah dilakukan LPA sejak diamanahkan oleh kerajaan enam bulan yang lepas.