Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) percaya ia kini berada di landasan yang baik untuk membangunkan semula reputasi yayasan itu yang berperanan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Islam di negara ini.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YaPEIM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata ini berikutan proses pemulihan dan penjajaran semula terhadap urusan pentadbiran telah dilakukan LPA sejak diamanahkan oleh kerajaan enam bulan yang lepas.
"Pihak LPA YaPEIM telah mengambil pendekatan yang rapi, tersusun dan profesionalisme untuk mengurangkan kos pentadbiran, menutup ketirisan, dan menstrukturkan semula institusi milik penuh dan institusi di bawah kawalan YaPEIM.
"Selain itu ia turut akan membentuk semula jawatankuasa khusus YaPEIM dan melantik firma PwC (Pricewaterhouse Coopers) untuk mendapatkan semula pandangan pihak ketiga keatas prosedur kewangan dan perolehan YaPEIM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut meyakinkan masyarakat di negara ini bahawa semua urusan pentadbiran YaPEIM akan dipantau sepenuhnya oleh LPA YaPEIM berdasarkan laporan audit yang dikeluarkan firma PwC dan audit dalam YaPEIM.
Sebelum ini YaPEIM dilaporkan dilanda kontroversi susulan pendedahan mengenai salah laku dan kecuaian dalam pengurusan.
Mohd Daud dalam pada itu berkata satu pertemuan dengan warga kerja YaPEIM akan diadakan secara tertutup yang bertujuan menjelaskan mengenai isu penggantungan tugas Ketua Pengarah YaPEIM Datuk Abibulah Samsudin.
Abibullah, digantung tugas untuk sementara berkuat kuasa semalam berhubung dakwaan salah laku kerana didakwa terbabit aktiviti kempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Selain itu, pertemuan itu juga untuk membincangkan hala tuju pentadbiran YaPEIM dan kaedah pemantauan yang akan dilakukan LPA selepas mendapat laporan audit daripada PwC pada April lalu dan dimuktamadkan oleh LPA 2 Mei lalu.
"Pihak LPA akan mendengar secara langsung dari semua warga kerja mengenai isu-isu sumber manusia terutamanya berkaitan dengan Skim Perkhidmatan YaPEIM, imbuhan dan ganjaran serta pematuhan kepada tadbir urus yang baik dan profesionalisme dalam YaPEIM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2019

Daud turut meyakinkan masyarakat di negara ini bahawa semua urusan pentadbiran YaPEIM akan dipantau sepenuhnya oleh LPA YaPEIM. - Astro AWANI
Suntikan dana RM1.1 bilion terhadap Sapura Energy bukan bailout
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy bukan bentuk ‘bailout’.

Kementerian Komunikasi tegas perangi kandungan berunsur fitnah dan hasutan - Teo
Kementerian Komunikasi tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang berunsur fitnah dan hasutan.

Susulan kejayaan Kampung Angkat MADANI, PM seru sektor swasta ambil ‘sekolah angkat’
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan.
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

YaPEIM di landasan baik bangunkan semula reputasi
Proses pemulihan dan penjajaran semula terhadap urusan pentadbiran telah dilakukan LPA sejak diamanahkan oleh kerajaan enam bulan yang lepas.