Perdagangan dua hala antara Guangxi dan Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 120 peratus dengan nilai dagangan berjumlah AS$1.2 billion (RM5.1 bilion) pada tahun lepas berbanding 2017.
Menurut Pesuruhjaya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Guangzhou, Zaimah Osman jumlah import barangan Malaysia ke wilayah itu meningkat sebanyak 63.34 peratus dengan nilai AS$572.79 juta (RM2.4 bilion) tempoh yang sama.
"Peningkatan jumlah dagangan dan juga import barangan Malaysia adalah daripada beberapa inisiatif galakan promosi seperti Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan juga kerjasama bersama China Post, Guangxi Free Trade Port Area dan juga promosi atas talian seperti Ule.com dan MAYI.
"China adalah rakan dagangan nombor satu buat Malaysia dan CAEXPO adalah antara salah satu cara untuk menerokai peluang pasaran di sepanjang negara-negara terlibat inisiatif Belt & Road (BRI)," katanya ketika ditemui pemberita di CAEXPO 2019, di Nanning, China.
Sementara itu, Zaimah menggesa syarikat tempatan untuk mengambil peluang terhadap kesan perang perdagangan Amerika Syarikat - China kerana ia memberi alternatif kepada syarikat China beralih ke Malaysia bagi mendapatkan bahan mentah serta peralatan terutamanya sektor pembuatan produk elektronik, kimia.
"Syarikat China akan mencari peluang untuk melabur di negara yang lebih murah kos operasinya serta mencari rakan strategik dari Malaysia," jelasnya.
Zaimah turut menyatakan Matrade bersedia dengan empat pejabat di China seperti di Guangzhou, Beijing, Shanghai dan Chengdu untuk memberi informasi dan analisa pasaran kepada syarikat tempatan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk bertapak di China serta bersaing di pasaran Antarabangsa.
"Syarikat Malaysia boleh meningkatkan profil mereka dalam pasaran asing melalui pelbagai aktiviti promosi, termasuk misi perdagangan, misi akselerasi eksport dan pameran perdagangan antarabangsa termasuk pemadanan perniagaan dengan syarikat asing yang berpotensi," katanya.
Afiezy Azaman
Mon Sep 23 2019

ZAIMAH: China adalah rakan dagangan nombor satu buat Malaysia dan CAEXPO adalah antara salah satu cara untuk menerokai peluang pasaran di sepanjang negara-negara terlibat inisiatif BRI. - Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Proton meterai perjanjian baharu dengan smart Automobile di China
Perjanjian tersebut dimeterai tepat 20 bulan selepas kedua-dua pihak menandatangani dokumen serupa tahun lepas.

PM Anwar akan hadir CAEXPO ke-20 di Nanning
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengetuai delegasi untuk menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20 di Nanning, China, pada 17 Sept.

CAEXPO 2019: Malaysia catat nilai jualan RM678 juta
Tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM31.71 juta turut ditandatangani antara syarikat Malaysia dan pengimport China

CAEXPO 2019: Nilai jualan produk Malaysia catat rekod RM652 juta
Khairul Annuar Abdul Halim berkata jumlah itu dijangka akan meningkat pada hari terakhir hari ini.

CAEXPO 2019: Produk makanan Malaysia paling digemari pembeli China
Sedap, berkualiti dan harga berpatutan antara reaksi pengguna China terhadap produk Malaysia yang dipamerkan di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019 di Nanning.

CAEXPO 2019 : PKS nikmati jualan tinggi, kenal pasti potensi rakan niaga China
Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menyertai Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019 memperoleh reaksi positif mengenai produk tempatan daripada masyarakat di Nanning, China.

China komited bantu negara ASEAN capai ekonomi mampan
China menyatakan komitmen yang tinggi untuk membantu negara ASEAN mengembangkan lagi ekonomi serantau melalui pasaran besarnya.

Persiapan PKS menjelang CAEXPO 2019 capai 90 peratus - MATRADE
Terdapat lebih 600 PKS dari seluruh negara yang mahu menyertai CAEXPO 2019, namun pihaknya hanya memilih 167 syarikat yang dilihat berpotensi untuk dibawa menyertai program tersebut.

CAEXPO bantu lebih 1,700 PKS tembusi pasaran besar China
Lebih 1,700 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia telah berjaya menembusi pasaran besar China melalui pameran Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) sejak dianjurkan pada 2004.

CAEXPO: Malaysia catat rekod jualan RM639.99 juta
Sektor kesihatan dan kecergasan antara penyumbang terbesar kepada kenaikan kadar jualan sehingga RM372.21 juta berbanding RM119.22 juta tahun sebelumnya.