Sedap, berkualiti dan harga berpatutan antara reaksi pengguna China terhadap produk Malaysia yang dipamerkan di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019 di Nanning.
Berdasarkan tinjauan Astro AWANI, sejak hari pertama CAEXPO dibuka pada 21 September lalu, Astaka Malaysia menerima pelawat yang paling ramai disebabkan pengguna negara itu menggemari produk makanan yang hampir 70 peratus dipamerkan di astaka tersebut.
Rata-rata pengguna China mencari produk tempatan yang sukar didapati di negara mereka terutamanya produk berasaskan makanan dan minuman seperti durian, biskut, snek dan sebagainya.
Menurut salah seorang pembeli China, Deng Yan, ini kali kedua beliau datang CAEXPO terus mencari Astaka Malaysia untuk membeli barangan tempatan terutamanya makanan kerana harga yang murah serta rasa yang sedap.
"Tahun lepas saya dah datang, dan tahun ini saya datang lagi kerana terdapat banyak barangan yang bagus, murah dan lazat. Saya telah mencubanya dan mahu membeli dengan lebih banyak lagi," katanya.
Bagi Meng Jian, beliau belum pernah ke Malaysia namun mendengar nama buah durian mendapat sambutan yang tinggi di China sekaligus mendorongnya untuk mencari 'raja buah' itu di Astaka Malaysia.
"Saya belum pernah ke Malaysia dan datang je Astaka ini untuk mencari buah durian yang segar untuk dibeli tetapi saya lihat lebih banyak produk berasaskan durian seperti ais krim dan saya rancang untuk datang lagi selepas ini untuk mencari durian segar," jelasnya.
Sementara itu, bagi Chen Jianwen yang pertama kali datang ke CAEXPO berpendapat produk Malaysia mempunyai kualiti yang baik serta mempamerkan keunikan yang tersendiri sekaligus membelinya dengan kuantiti yang banyak.
"Saya rasa produk Malaysia sangat bagus dan saya telah membelinya dengan banyak malah melebihi 1,000 yuan," ujarnya.
Dalam pada itu, bagi Tang Ronghe yang kedua kalinya telah menjejakkan kaki di CAEXPO berkata produk makanan Malaysia adalah yang terbaik berbanding 10 negara ASEAN yang lain kerana mempunyai rasa yang pelbagai.
"Saya telah datang ke CAEXPO untuk kali kedua tahun ini, ia sangat bagus kerana saya dapat mempelajari budaya tradisional dari negara lain dan saya paling menggemari makanan Malaysia kerana rasa yang unik serta saya juga ada tabiat suka makan," jelasnya sambil tertawa kecil.
Afiezy Azaman
Mon Sep 23 2019

Deng Yan dan ibunya banyak membeli produk makanan Malaysia di CAEXPO kerana kelazatan serta mempunyai harga yang berpatutan. - Foto Astro AWANI/Afiezy Azaman
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Utusan Khas ASEAN bincang krisis Myanmar dengan Setiausaha Agung
Mereka membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara, termasuk usaha meningkatkan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.