LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang sedang bercuti bersama keluarganya ditemukan lemas di dalam kolam renang sebuah vila di sini hari ini.
Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata kejadian itu disedari sekumpulan kanak-kanak yang ternampak mangsa dalam keadaan tidak sedar diri di dalam air.
"Kami menerima laporan pada pukul 8.05 pagi mengenai insiden berkenaan dan berdasarkan laporan diterima mangsa sedang berenang di dalam kolam itu bersama kanak-kanak lain dengan ibunya memantau dari sebelah kolam itu berhadapan vila.
Bila ibunya mengarahkan kumpulan kanak-kanak berkenaan supaya pulang ke vila (selepas berada di dalam kolam renang itu kira-kira 15 minit), dia mendapatinya anaknya tiada bersama-sama kanak-kanak lain dan kemudian terdengar jeritan daripada kanak-kanak berkenaan mengenai penemuan anak wanita tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad berkata mereka menarik keluar mangsa daripada kolam itu dan memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) tetapi tidak berjaya menyelamatkannya.
"Daripada pemerhatian awal dan pemeriksaan di lokasi, kami tidak mendapati sebarang unsur-unsur jenayah atau perbuatan khianat dan mayat telah dihantar ke Hospital Labuan untuk pemeriksaan selanjutnya," kata beliau.
Ahmad mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan memantau rapi aktiviti anak-anak mereka semasa cuti sekolah dan musim perayaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 21 2023

Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata kejadian itu disedari sekumpulan kanak-kanak yang ternampak mangsa dalam keadaan tidak sedar diri di dalam air. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Western Australia destinasi baharu pilihan rakyat Malaysia untuk percutian keluarga
Perth sebagai sebuah ibu kota Australia Barat atau lebih dikenali sebagai Western Australia kini muncul sebagai destinasi popular bagi rakyat Malaysia yang mencari pengalaman percutian santai.

Percutian keluarga bertukar tragedi, kanak-kanak lemas dalam kolam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang sedang bercuti bersama keluarganya ditemukan lemas di dalam kolam renang sebuah vila hari ini.