KUALA LUMPUR: Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta kerugian RM152,500 selepas berkenalan dengan seorang 'doktor' di media sosial yang berjanji akan berkahwin dengannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata lelaki berusia 34 tahun itu meminta bantuan kewangan daripada mangsa untuk membayar hutang peribadi suspek serta perbelanjaan perkahwinan.
Beliau berkata wanita itu membuat beberapa perjumpaan dengan lelaki terbabit di sebuah bilik hotel di ibu negara dan menyerahkan antaranya barang kemas bernilai RM30,000 dan wang tunai RM122,500 bagi tujuan membantu lelaki itu membayar deposit pembelian rumah.
"Mangsa kemudiannya mendapat tahu bahawa suspek pernah melakukan perkara sama terhadap beberapa wanita lain di hotel yang sama dan membuat laporan polis pada 9 April lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun pada Rabu lepas di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan kes.
"Polis turut merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama, sembilan keping jongkong emas, lapan keping dinar emas pelbagai berat dianggarkan bernilai RM30,000 dan wang tunai berjumlah RM18,000," katanya.
Mohd Mahidisham berkata lelaki yang juga seorang itu direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 15 2022
Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta kerugian RM152,500 selepas berkenalan dengan seorang 'doktor' di media sosial yang berjanji akan berkahwin dengannya. - Gambar hiasan
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Kerani wanita di Miri rugi RM60,000 akibat penipuan tawaran kerja
Seorang kerani wanita rakyat tempatan di Miri, bahagian utara Sarawak mengalami kerugian berjumlah RM60,000 akibat kes penipuan tawaran kerja sambilan dari aplikasi 'Asia Shopping'.
Percaya janji 'doktor', kerani rugi lebih RM100,000
Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta kerugian RM152,500 selepas berkenalan dengan seorang 'doktor' di media sosial yang berjanji akan berkahwin dengannya.
Kes basikal lajak: Pemandu wanita fail rayuan
Notis usul bagi kebenaran merayu dan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 yang dijatuhkan terhadap anak guamnya difailkan menerusi sistem e-filing mahkamah.
Kerani wanita mangsa terbaru Macau Scam, rugi lebih setengah juta ringgit
Mangsa mendapat panggilan kononnya dia telah berhutang sebanyak RM24,000 dengan LHDN.