KUCHING: Seorang kerani wanita rakyat tempatan di Miri, bahagian utara Sarawak mengalami kerugian berjumlah RM60,000 akibat kes penipuan tawaran kerja sambilan dari aplikasi 'Asia Shopping'.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata berdasarkan laporan yang dibuat mangsa yang berusia 40-an pada Jumaat lepas, beliau telah diarahkan untuk membuat urusan jual beli barangan yang tidak wujud melalui aplikasi tersebut selain dijanjikan komisen yang lumayan.
Katanya, setelah selesai melakukan semua urusan jual beli dalam talian itu, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta cuba untuk membuat pengeluaran komisen yang diperolehnya sebanyak RM5,000, namun gagal berbuat demikian.
"Usaha untuk mengeluarkan hasil komisen tersebut gagal, kononnya mangsa tidak mengikuti arahan 'Customer Service'. Setelah itu, mangsa telah diarahkan oleh suspek untuk membuat transaksi ke akaun pihak ketiga bagi membolehkan komisen itu dikeluarkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Alexson berkata setelah membuat 11 transaksi ke akaun pihak ketiga, mangsa menyedari dirinya telah ditipu kerana komisen yang dijanjikan masih gagal untuk diperoleh dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Katanya, Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran kerja dalam talian dan segera menghubungi National Scam Response Center di talian 997 sekiranya telah menjadi mangsa penipuan siber.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024

Seorang kerani wanita rakyat tempatan di Miri, bahagian utara Sarawak mengalami kerugian berjumlah RM60,000 akibat kes penipuan tawaran kerja sambilan dari aplikasi 'Asia Shopping'. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.

Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.

Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.

Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta
Polis sedang menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
Penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pembantu tadika didakwa 'scam' orang RM1.64 juta
Seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan menipu pelaburan tidak wujud melibatkan jumlah kerugian kira-kira RM1.64 juta.

22,000 kes tipu dilaporkan kepada NSRC libat kerugian RM147 juta setakat Sept 2024
Kira-kira 22,000 kes penipuan melibatkan kerugian lebih RM147 juta dilaporkan kalangan mangsa kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) setakat September 2024.

Penipuan pelaburan Gigamax: Tujuh individu dikesan termasuk dalang utama
Polis mengesan tujuh individu termasuk seorang warga Indonesia yang dipercayai dalang utama kes penipuan pelaburan Gigamax yang membabitkan kerugian lebih RM7 juta.