Menurut beliau, langkah itu adalah bagi menampung keperluan mendesak dalam sektor teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) serta industri elektrik dan elektronik (E&E) melibatkan graduan kejuruteraan.
"(Saya) mungkin akan bincang dengan Menteri Pendidikan Tinggi, (dimana ada) kemungkinan UUM (walaupun universiti pengurusan), (selepas ini) boleh buka jabatan atau fakulti kejuruteraan kerana keperluan kita yang agak mendesak.
"(Langkah) ini bukan saya kata (melibatkan) kejuruteraan biasa, tetapi disiplin itu perlu diperbaiki untuk menambah (nilai dari segi) soal (teknologi) serta digital, (seperti) AI, kerana (sektor) AI (ini) dikuasai sepenuhnya oleh (kumpulan) engineers (jurutera-jurutera di Malaysia).
"Di sini bukan (saya nak kata) orang liberal, arts seperti saya tak tahu (berkenaan AI atau teknologi baharu ini) tetapi lemah sikit, berbanding (graduan) kejuruteraan," katanya.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena sesi dialog Belanjawan 2025 bersama pemain industri elektrik dan elektronik (EE) di SilTerra Malaysia, Kulim pada Khamis.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sedang membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia sebagai satu daripada usaha memenuhi keperluan semasa.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata sebagai permulaan, program Ijazah Sarjana Muda Kecerdasan Buatan (AI) telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) pada Januari lepas dan pelajar kohort pertama program itu akan memulakan pengajian Oktober ini.