KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Rabu terus mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa cuba memujuk Ahli Parlimen Muar itu untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sewaktu perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq membacakan transkrip didakwa perbualan antara Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Ihsan Sapuan dan anak guamnya.

Ketika menyoal saksi pendakwaan, Mohd Syahmeizy Sulong, yang merupakan Pegawai Penyiasat SPRM, Gobind membaca petikan di mana Mohd Ihsan didakwa cuba mempengaruhi Syed Saddiq untuk menyokong Muhyiddin untuk terus menjadi Perdana Menteri.

Gobind: Saya baca ya transkrip:

--

Transkrip dibaca oleh Gobind:

Mohd Ihsan: YB saja jelah tanya, YB ada ini ke dengan mana-mana pihak atasan itu … ada macam apa permintaan diorang YB tak tunaikan ke apa?

Syed Saddiq: Memanglah. Kalau suruh tandatangan SD (surat akuan bersumpah), saya tak akan buat. Saya bukan macai politik.

Mohd Ihsan: Mesti, mesti follow, follow Tan Sri Muhyiddin la?

Syed Saddiq: Ihsan, that’s wrong Ihsan. Ihsan pun tahu benda itu tapi Ihsan dah setahun setengah saya disuruh, Ihsan

Mohd Ihsan: Tan Sri ini dia sayang lagi YB sebenarnya. Dia sayang YB. Siapa yang bawa YB masuk dalam?


--

Pesuruhjaya Kehakiman Azhar kemudian membenarkan rakaman audio antara SPRM dan Syed Saddiq diperdengarkan di dalam mahkamah pada 2.30 petang.

Ketika ditanya kepada Mohd Syahmeizy sekiranya dia mengetahui perbualan tersebut, saksi pendakwaan itu menjawab tidak tahu.

Ditanya sama ada Mohd Syahmeizy tahu bagaimana Mohd Ihsan didakwa memberitahu Syed Saddiq bahawa SPRM terpaksa ‘membuat kerja’ susulan pertukaran kerajaan antara Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional, sekali lagi saksi pendakwaan menjawab tidak tahu.

Selanjutnya Gobind bertanya kepada Mohd Syahmeizy sama ada dia bersedia untuk menyiasat dakwaan bahawa Ahli Parlimen Muar itu mangsa kepada percaturan politik, saksi pendakwaan hanya mendiamkan diri.

Mohd Syahmeizy selanjutnya berkata, dia hanya memberi tumpuan terhadap fokus siasatan, iaitu pengeluaran wang RM1 juta secara salah, dan bukan tugasnya untuk menyiasat dakwaan Syed Saddiq sekiranya tuduhan itu mempunyai elemen penyalahgunaan kuasa atau tekanan politik.

Gobind: You can’t be robotic you know. Kamu sebagai seorang IO (pegawai penyiasat), kalau seorang mengadu – “Saya dituduh, saya disiasat kerana ada muslihat politik. Dan SPRM dipergunakan untuk menyiasat saya dalam kes RM1 juta itu” – itu juga kamu perlu siasat betul?

Mohd Syahmeizy: Tidak, saya hanya fokus kepada Seksyen 405 (Akta SPRM), pecah amanah.

Ditanya sama ada pihak SPRM melakukan penyiasatan berat sebelah, saksi pendakwaan menjawab elemen muslihat politik tidak berkaitan dengan siasatannya.

Sementara itu Bernama melaporkan, Syed Saddiq telah mengarahkan wang RM1 juta yang dikeluarkan daripada akaun Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

BACA: Syed Saddiq arah wang RM1 juta diagih sehari selepas SPRM geledah rumah - Saksi 

Mohd Syahmeizy ketika memberi keterangan berkata, wang tersebut diagihkan dalam kalangan exco sayap parti, sehari selepas SPRM menyiasat dan menggeledah kediaman Ahli Parlimen Muar itu di Petaling Jaya pada 31 Mac 2020.

Mohd Syahmeizy berkata wang yang dikeluarkan dari bank pada 6 Mac 2020 berada dalam kawalan Rafiq Hakim Razali, yang ketika itu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan tiada transaksi dibuat dalam tempoh berkenaan sebelum ia diagihkan pada 1 April 2020.

Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, mengapa Syed Saddiq dituduh kali pertama pada 22 Julai 2021 sedangkan izin untuk mendakwa dikeluarkan pada 4 Jan tahun sama, saksi menjawab- “Untuk siasatan terhadap YB Syed Saddiq, pihak SPRM telah membuka lima kertas siasatan yang berbeza aduan dan maklumat.

"Oleh itu, pertuduhan terhadapnya dibuat terlalu lama disebabkan saya memerlukan keterangan saksi bagi menyamakan dengan kertas siasatan lain kerana ketika itu ada kertas siasatan yang belum siap ke atas YB Syed Saddiq," kata Mohd Syahzeimy.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung.



Berikut merupakan Rakaman audio perbualan di antara Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq (“SS”), Pegawai Kanan SPRM Mohd Ihsan Bin Sapuan (“IH”) dan juga seorang pegawai SPRM bernama Adib (“AD”), pada 12 Julai, 2021.

Berikut merupakan Rakaman audio perbualan di antara Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq (“SS”), Pegawai Kanan SPRM Mohd Ihsan Bin Sapuan (“IH”) dan juga seorang pegawai SPRM bernama Adib (“AD”), pada 12 Julai, 2021.
Berikut merupakan Rakaman audio perbualan di antara Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq (“SS”), Pegawai Kanan SPRM Mohd Ihsan Bin Sapuan (“IH”) dan juga seorang pegawai SPRM bernama Adib (“AD”), pada 12 Julai, 2021.Berikut merupakan Rakaman audio perbualan di antara Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq (“SS”), Pegawai Kanan SPRM Mohd Ihsan Bin Sapuan (“IH”) dan juga seorang pegawai SPRM bernama Adib (“AD”), pada 12 Julai, 2021.Berikut merupakan Rakaman audio perbualan di antara Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq (“SS”), Pegawai Kanan SPRM Mohd Ihsan Bin Sapuan (“IH”) dan juga seorang pegawai SPRM bernama Adib (“AD”), pada 12 Julai, 2021.Berikut merupakan Rakaman audio perbualan di antara Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq (“SS”), Pegawai Kanan SPRM Mohd Ihsan Bin Sapuan (“IH”) dan juga seorang pegawai SPRM bernama Adib (“AD”), pada 12 Julai, 2021.Berikut merupakan Rakaman audio perbualan di antara Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq (“SS”), Pegawai Kanan SPRM Mohd Ihsan Bin Sapuan (“IH”) dan juga seorang pegawai SPRM bernama Adib (“AD”), pada 12 Julai, 2021.Berikut merupakan Rakaman audio perbualan di antara Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq (“SS”), Pegawai Kanan SPRM Mohd Ihsan Bin Sapuan (“IH”) dan juga seorang pegawai SPRM bernama Adib (“AD”), pada 12 Julai, 2021.Berikut merupakan Rakaman audio perbualan di antara Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq (“SS”), Pegawai Kanan SPRM Mohd Ihsan Bin Sapuan (“IH”) dan juga seorang pegawai SPRM bernama Adib (“AD”), pada 12 Julai, 2021.Berikut merupakan Rakaman audio perbualan di antara Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq (“SS”), Pegawai Kanan SPRM Mohd Ihsan Bin Sapuan (“IH”) dan juga seorang pegawai SPRM bernama Adib (“AD”), pada 12 Julai, 2021.Berikut merupakan Rakaman audio perbualan di antara Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq (“SS”), Pegawai Kanan SPRM Mohd Ihsan Bin Sapuan (“IH”) dan juga seorang pegawai SPRM bernama Adib (“AD”), pada 12 Julai, 2021.Berikut merupakan Rakaman audio perbualan di antara Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq (“SS”), Pegawai Kanan SPRM Mohd Ihsan Bin Sapuan (“IH”) dan juga seorang pegawai SPRM bernama Adib (“AD”), pada 12 Julai, 2021.Berikut merupakan Rakaman audio perbualan di antara Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq (“SS”), Pegawai Kanan SPRM Mohd Ihsan Bin Sapuan (“IH”) dan juga seorang pegawai SPRM bernama Adib (“AD”), pada 12 Julai, 2021.