KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembekalan projek solar hibrid kepada 369 sekolah di luar bandar di Sarawak berikutan status MySejahtera menunjukkan beliau kontak rapat kes COVID -19.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut melapangkan perbicaraan yang dijualkan esok, selepas peguam Datuk Jagjit Singh memberitahu mahkamah bahawa status MySejahtera anak guamnya itu berwarna jingga.
"Anak guam saya hadir hari ini dan kami menyuruh beliau tunggu di dalam kereta sama ada Yang Ariff mahu meneruskan prosiding atau melapangkan perbicaraan. Status MySejahtera suami beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) adalah merah," kata peguam itu.
Ketika ditanya Mohamed Zaini sama ada Datuk Seri Najib positif COVID-19, Jagjit menjawab: "Saya tidak pasti, tetapi saya dimaklumkan status (MySejahtera) beliau berwarna merah.
Hakim Mohamed Zaini berkata prosedur operasi standard (SOP) kompleks mahkamah itu hanya individu mempunyai paparan status MySejahtera berwarna biru boleh dibenarkan masuk ke bangunan berkenaan manakala individu yang menjadi kontak rapat atau kasual, tidak dibenarkan memasuki premis berkenaan.
"Walaupun saya menegaskan beliau (Rosmah) untuk masuk ke dalam bangunan, namun pihak keselamatan di tingkat bawah tidak akan membenarkan beliau masuk, jadi mereka boleh membantah keputusan saya. Ini adalah peraturan ketat yang saya perlu patuhi. Jadi, saya akan melapangkan persidangan hari ini dan esok," kata hakim itu.
Beliau turut mengarahkan peguam bela supaya menyemak dan mengemas kini status MySejahtera Rosmah kerana perbicaraan perlu diteruskan pada Jumaat ini.
"Ini tanggungjawab yang perlu anda pikul...anda perlu memastikan anak guam anda mengemas kini status MySejahtera beliau dan memaklumkan kepada mahkamah mengenai sebarang perkembangan terkini. Jika statusnya biru (berisiko rendah), kami akan meneruskan perbicaraan pada Jumaat," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah, beliau telah dimaklumkan oleh peguam bela bahawa Rosmah telah menjadi kontak rapat dengan individu yang menghidap COVID-19.
Hakim Mohamed Zaini berkata warna merah bermakna individu terlibat didapati positif COVID-19, namun peguam menjawab beliau tidak pasti.
"Saya serahkan sepenuhnya kepada Yang Arif kerana kami bersedia untuk meneruskan pemeriksaan balas ke atas Rosmah, tetapi bergantung kepada keputusan Yang Arif," kata Sri Ram, yang merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.
Sementara itu, Hakim Mohamed Zaini turut meminta pihak pembelaan menjelaskan kepada mahkamah mengenai alasan Rosmah gagal pulang ke tanah air selepas lawatannya ke Singapura pada 21 Nov sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah pada Oktober lepas.
"Daripada berita yang saya baca di akhbar, mengikut perintah yang saya keluarkan pada 15 Okt 2021, adakah anda ingin menjelaskannya? Kerana menurut arahan yang saya berikan itu, anak guam anda sepatutnya pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 Nov, dan berdasarkan apa yang saya baca di akhbar beliau tidak kembali pada tarikh tersebut.
"Tetapi perkara itu bagi saya, ia hanya khabar angin, saya ingin mendengar daripada anda sendiri Datuk Jagjit," kata hakim itu.
Jagjit menjelaskan bahawa terdapat perubahan dalam rancangan perjalanan anak guamnya itu memandangkan terdapat perubahan pada peraturan kuarantin di bawah Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) yang baharu antara Malaysia dan Singapura dan beliau mewakili Rosmah memohon maaf kepada mahkamah.
Bernama
Wed Dec 08 2021
![Perbicaraan kes rasuah projek solar ditangguhkan, Rosmah kontak rapat kes COVID-19 Perbicaraan kes rasuah projek solar ditangguhkan, Rosmah kontak rapat kes COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638430171_Rosmahmansor.jpg)
Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut melapangkan perbicaraan yang dijualkan esok, selepas peguam Datuk Jagjit Singh memberitahu mahkamah bahawa status MySejahtera anak guamnya (Rosmah) itu berwarna jingga. - Gambar fail
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
![Kes rasuah projek solar: Rosmah gagal cabar pelantikan pendakwa utama Kes rasuah projek solar: Rosmah gagal cabar pelantikan pendakwa utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687414943_RosmahMansor.jpg)
Kes rasuah projek solar: Rosmah gagal cabar pelantikan pendakwa utama
Panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuan Rosmah untuk mendapatkan kebenaran bagi permohonan semakan kehakiman atas alasan tiada merit dalam rayuan itu.
![Rasuah projek solar: Keputusan rayuan Rosmah bagi semakan kehakiman ditetap 22 Jun Rasuah projek solar: Keputusan rayuan Rosmah bagi semakan kehakiman ditetap 22 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681719292_NAJIBRAZAKMAHKAMA.jpg)
Rasuah projek solar: Keputusan rayuan Rosmah bagi semakan kehakiman ditetap 22 Jun
Mahkamah Rayuan tetapkan 22 Jun untuk keputusan rayuan Datin Seri Rosmah Mansor bagi semakan kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.
![Rasuah projek solar: Pengurusan kes rayuan Rosmah pada 19 Dis Rasuah projek solar: Pengurusan kes rayuan Rosmah pada 19 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662043051_RosmahMansor.jpg)
Rasuah projek solar: Pengurusan kes rayuan Rosmah pada 19 Dis
Rosmah memfailkan petisyen rayuan dengan kemuka 127 alasan, antaranya mendakwa keseluruhan keputusan Hakim Mohamed Zaini berat sebelah.
![5 Okt pengurusan kes rayuan Rosmah ketepi sabitan dan hukuman 5 Okt pengurusan kes rayuan Rosmah ketepi sabitan dan hukuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662043051_RosmahMansor.jpg)
5 Okt pengurusan kes rayuan Rosmah ketepi sabitan dan hukuman
Rayuan Rosmah terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid di Sarawak, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 5 Okt.
![Kes rasuah projek solar: Mahkamah dengar permohonan Rosmah kecualikan Hakim Zaini Kes rasuah projek solar: Mahkamah dengar permohonan Rosmah kecualikan Hakim Zaini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662000696_RosmahMansor.jpg)
Kes rasuah projek solar: Mahkamah dengar permohonan Rosmah kecualikan Hakim Zaini
Peguam Datuk Jagjit Singh memohon kepada mahkamah untuk memberikan tempoh masa bagi membolehkan pembelaan lebih bersedia.
![Keputusan perbicaraan kes Rosmah dijangka diketahui hari ini Keputusan perbicaraan kes Rosmah dijangka diketahui hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41661990998_TBrosmah.jpg)
Keputusan perbicaraan kes Rosmah dijangka diketahui hari ini
Rosmah akan mengetahui sama ada akan dibebaskan atau didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya.
![Rosmah gagal gugurkan Sri Ram sebagai pendakwa Rosmah gagal gugurkan Sri Ram sebagai pendakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661585841_TBROSMAHMANSOR.jpg)
Rosmah gagal gugurkan Sri Ram sebagai pendakwa
Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonan Rosmah Mansor untuk menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan.
![Rosmah gagal batalkan kes rasuah, gugurkan Sri Ram sebagai pendakwa Rosmah gagal batalkan kes rasuah, gugurkan Sri Ram sebagai pendakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653642245_TBROSMAH.jpg)
Rosmah gagal batalkan kes rasuah, gugurkan Sri Ram sebagai pendakwa
Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam usaha terakhir untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid bernilai lebih RM1.25 bilion di Sarawak.
![Projek solar: Mahkamah benar pendakwaan fail hujahan tambahan dalam kes Rosmah Projek solar: Mahkamah benar pendakwaan fail hujahan tambahan dalam kes Rosmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649135698_RosmahMansor.jpg)
Projek solar: Mahkamah benar pendakwaan fail hujahan tambahan dalam kes Rosmah
Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk mendengar hujahan lisan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.
![Kes rasuah: Rosmah timbulkan keraguan munasabah walaupun tidak panggil Najib sebagai saksi Kes rasuah: Rosmah timbulkan keraguan munasabah walaupun tidak panggil Najib sebagai saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633427514_TBROSMAH.jpg)
Kes rasuah: Rosmah timbulkan keraguan munasabah walaupun tidak panggil Najib sebagai saksi
Pihak pembelaan memilih untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi pembelaan kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.