Prosiding perbicaraan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan bermula hari ini, di Mahkamah Tinggi di sini.
Perbicaraan kes pembunuhan berprofil tinggi itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, bermula kira-kira jam 9 pagi.
Kes yang menjadi tumpuan masyarakat itu, sepatutnya memulakan prosiding perbicaraan pada Selasa lepas, namun ditangguhkan atas permohonan pihak pembelaan kerana terlibat dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Wakil media tempatan daripada pelbagai agensi juga bakal mengikuti prosiding kes yang mendapat liputan meluas itu.
Pada 12 Mac lepas, bekas eksekutif senior di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Samirah Muzaffar, 44, yang juga isteri kepada Nazrin, 47, dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 serta 14 tahun, didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, membunuh lelaki berkenaan.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, antara jam 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi, 14 Jun 2018.
Tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Pihak pendakwaan yang diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor Datuk Salim Soib@Hamid dijangka memanggil kira-kira 60 saksi sepanjang perbicaraan itu.
Samirah diwakili peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, manakala kedua-dua remaja itu diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik. - Bernama
Bernama
Fri Sep 06 2019

Prosiding perbicaraan kes bunuh Nazrin Hassan bermula hari ini. -Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Polis sahkan terima laporan pergaduhan di lobi mahkamah
Menurut ACP Mohd Iqbal Ibrahim, laporan polis itu dibuat oleh kedua-dua pihak dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Kronologi kes pembunuhan CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan
Samirah Muzaffar dan dua remaja hari ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lepas.

Cradle Fund: Saksi pendakwaan tukar keterangan mengenai petrol - Peguam
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Aznor Sheda Shamsuddin, saksi ke-14 pendakwaan (PW14) menukar keterangannya selepas dipanggil semula pada tahun ini buat kali kedua.

Cradle Fund: Samirah kemuka bantahan kepada KWSP berhubung penama Nazrin - Saksi
Berdasarkan rekod KWSP, penamaan bagi caruman kredit ahli KWSP bernama Nazrin Hassan dinamakan atas nama Eza Shafina Dzulkarnain, 47, yang dibuatnya pada 13 Januari 2011.

Cradle Fund: Tiga serpihan anak panah dijumpai
Tiga serpihan batang anak panah dijumpai di halaman rumah didiami Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund itu.

Cradle Fund: Balu Nazrin tidak bagi kerjasama pada awal penyiasatan ST
Peguam bela Rahmat Hazlan berkata, tertuduh pertama kes pembunuhan Nazrin itu, Samirah Muzaffar dimaklumkan sedemikian oleh pegawai JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor.

Mayat CEO Cradle Fund ditemui di penjuru katil dan berdarah - Saksi
Nazrin yang merupakan jurugambar di IPD Petaling Jaya berkata beliau turut melihat darah di bawah dan sekeliling mayat tersebut.

Adik ipar Nazrin, suami dilepaskan daripada reman
Suspek yang ditahan reman itu merupakan adik ipar Nazrin dan suaminya.