SHAH ALAM : Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan Nazrin Hassan pada Selasa, diberitahu bahawa tiga serpihan batang anak panah dijumpai di halaman rumah didiami Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund itu ketika polis menjalankan siasatan ke rumah berkenaan buat kali kedua, tiga tahun lalu.
Inspektor Nor Harman Ab Hamid yang bertugas di Bahagian Latihan Bukit Aman berkata, beliau telah diminta oleh pegawai penyiasat kes, Asistan Superintenden Mohd Nizam Daud untuk pergi ke rumah Nazrin di Mutiara Damansara itu selepas mendapat maklumat daripada pegawai penyiasat bahawa kemungkinan punca kematian mangsa adalah akibat anak panah.
"Pada 19 September 2018, jam 10 pagi saya mendapat panggilan daripada Mohd Nizam bagi membantu mereka melakukan sekali lagi penyiasatan di rumah sama dan saya telah mengambil satu penapis penghawa dingin dan satu ‘blower’ penghawa dingin di bilik kejadian untuk tujuan analisis kesan kebakaran.
Pada hari yang sama juga, saya menemukan tiga serpihan batang anak panah di halaman rumah serta menjumpai ‘recorder’ (perakam) kamera litar tertutup (CCTV) tanpa wayar di bilik stor,” katanya yang ketika itu bertugas sebagai pegawai forensik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Nor Harman, 36, memberi keterangan pada perbicaraan kes Samirah Muzaffar, 46, bekas eksekutif kanan yang juga isteri Nazrin serta dua remaja lelaki masing-masing pada berusia 17 dan 14 tahun didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, menyebabkan kematian Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.
Disoal peguam L S Leonard, yang mewakili ketiga-tiga tertuduh mengapa beliau tidak menemukan apa-apa ketika pergi ke tempat kejadian pada kali pertama (11 Ogos 2018) dan hanya menemukan barang kes ketika kali kedua pergi ke rumah itu, saksi itu menjawab pada kali pertama siasatan dilakukan pegawai penyiasat tidak mengkhususkan apa-apa barang yang perlu dicari sementara ujian pengesanan cap jari tidak menemukan sebarang cap jari di tempat kejadian.
Katanya, namun pada kali kedua, beliau dimaklumkan Mohd Nizam bahawa hasil forensik menemui kesan anak panah pada si mati.
“Pada 11 Ogos 2018 saya tidak pasti apa barang kes yang perlu saya cari manakala pada 19 September 2018 saya sudah ada target (matlamat) untuk mencari serpihan anak panah setelah diberi maklumat oleh pegawai penyiasat,” kata saksi pendakwaan ke-38 itu.
Terdahulu, Nor Harman berkata pada 11 Ogos 2018, Mohd Nizam telah menghubunginya dan meminta untuk melakukan siasatan kes pembunuhan di rumah berkenaan dan apabila beliau bersama pasukannya pergi ke lokasi kejadian pada jam 10.50 pagi untuk melakukan pemeriksaan, mereka tidak menemukan barang kes.
Sementara itu, seorang lagi peguam pihak pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah turut mempersoalkan tempoh masa yang panjang di antara tarikh pegawai forensik mengambil sampel bahan bukti di tempat kejadian dengan tarikh kejadian itu berlaku selepas Nor Harman memberitahu beliau telah pergi ke rumah si mati selepas dua bulan dari tarikh kejadian (14 Jun 2018) iaitu pada 11 Ogos 2018.
“Adakah dalam tempoh masa itu, apa-apa sahaja boleh berlaku di lantai, dinding dan di lain-lain tempat di lokasi kejadian dan pencemaran (bukti) boleh berlaku seperti calitan darah oleh sesiapa sahaja,” soal Muhammad Shafee.
Nor Harman bagaimanapun bersetuju dengan peguam itu dan mengakui apa-apa perkara boleh berlaku kerana rumah berkenaan tidak lagi dikawal malah telah dibersihkan selepas kematian Nazrin.
Perbicaraan di hadapan Hakim, Datuk Ab Karim Ab Rahman bersambung esok.
-- Bernama
Bernama
Tue Mar 02 2021

Saksi itu diminta pegawai penyiasat untuk pergi ke rumah Nazrin di Mutiara Damansara selepas mendapat maklumat bahawa kemungkinan punca kematian mangsa adalah akibat anak panah. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Polis sahkan terima laporan pergaduhan di lobi mahkamah
Menurut ACP Mohd Iqbal Ibrahim, laporan polis itu dibuat oleh kedua-dua pihak dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Kronologi kes pembunuhan CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan
Samirah Muzaffar dan dua remaja hari ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lepas.

Cradle Fund: Saksi pendakwaan tukar keterangan mengenai petrol - Peguam
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Aznor Sheda Shamsuddin, saksi ke-14 pendakwaan (PW14) menukar keterangannya selepas dipanggil semula pada tahun ini buat kali kedua.

Cradle Fund: Samirah kemuka bantahan kepada KWSP berhubung penama Nazrin - Saksi
Berdasarkan rekod KWSP, penamaan bagi caruman kredit ahli KWSP bernama Nazrin Hassan dinamakan atas nama Eza Shafina Dzulkarnain, 47, yang dibuatnya pada 13 Januari 2011.

Cradle Fund: Tiga serpihan anak panah dijumpai
Tiga serpihan batang anak panah dijumpai di halaman rumah didiami Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund itu.

Cradle Fund: Balu Nazrin tidak bagi kerjasama pada awal penyiasatan ST
Peguam bela Rahmat Hazlan berkata, tertuduh pertama kes pembunuhan Nazrin itu, Samirah Muzaffar dimaklumkan sedemikian oleh pegawai JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor.

Mayat CEO Cradle Fund ditemui di penjuru katil dan berdarah - Saksi
Nazrin yang merupakan jurugambar di IPD Petaling Jaya berkata beliau turut melihat darah di bawah dan sekeliling mayat tersebut.

Adik ipar Nazrin, suami dilepaskan daripada reman
Suspek yang ditahan reman itu merupakan adik ipar Nazrin dan suaminya.