KUALA LUMPUR: Perbelanjaan dan perancangan kerajaan untuk menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) selain jumlah usahawan yang gulung tikar ekoran kelembapan ekonomi semasa antara isu akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) meminta Menteri Kesihatan menyatakan berapa jumlah dibelanjakan untuk menangani NCD terutamanya diabetes dan perancangan untuk menangani prevalens NCD yang tinggi di Malaysia.
Selain itu, Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) bertanya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi tentang jumlah usahawan yang gulung tikar ekoran kelembapan ekonomi semasa dan apakah usaha kementerian untuk membantu golongan usahawan terjejas.
Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) pula mengutarakan soalan kepada Menteri Ekonomi berkaitan berapa banyak wang yang telah dibelanjakan untuk Insentif Kemudahan Rakyat pada tahun ini dan pecahan perbelanjaan di peringkat negeri.
Ketiga-tiga soalan itu akan diajukan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Pada sesi soal jawab pula, Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) dijadualkan meminta penjelasan daripada Menteri Pendidikan berhubung komitmen kerajaan dalam usaha mengurangkan beban guru bagi meningkatkan kualiti pendidikan dalam bilik darjah.
Selain itu, Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) bertanyakan kepada Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat mengenai pelan tindakan kementerian dalam menjaga pembangunan, perlindungan dan kebajikan seramai 9.19 juta orang kanak-kanak di Malaysia.
Selesai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa kementerian berkaitan.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt lepas hingga 30 Nov ini.
- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Selesai sesi soal jawab, persidangan Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa kementerian berkaitan.
Perlu akta khusus kawal caj hospital swasta - MP Bayan Baru
Kerajaan perlu menggubal akta khusus untuk mengawal caj rawatan tinggi yang dikenakan kebanyakan hospital swasta.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin langkah itu penting bagi memastikan kos rawatan ditetapkan pada kadar munasabah.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin langkah itu penting bagi memastikan kos rawatan ditetapkan pada kadar munasabah.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
EPL: Dimana sahaja saya tamatkan karier, saya akan gembira - Mohamed Salah
Dua gol dan dua bantuan gol oleh Salah memastikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu EPL.
OpenAI umum model 'o3', versi baharu dengan kebolehan penaakulan
Model o3 kini hanya dibuka kepada para pengkaji keselamatan kecerdasan buatan, dengan model o3-mini dijangka tersedia kepada umum pada Januari 2025.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.
Perlu akta khusus kawal caj hospital swasta - Sim Tze Tzin
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin langkah itu penting bagi memastikan kos rawatan ditetapkan pada kadar munasabah.
Prosiding 22 ahli GISB pindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Hakim membuat keputusan itu pada sebutan semula kes kesemua tertuduh di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
Laluan Ampang/Sri Petaling akan menjadi laluan ketiga di bawah kendalian Rapid Rail yang memperkenalkan kemudahan koc wanita ini.
Ella ceburi industri fesyen Muslimah
Ia dibuat berdasarkan minat mendalamnya terhadap fesyen, selain keinginan memberi inspirasi kepada perubahan diri dan budaya ekspresi diri.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia
Beliau berkata Thamaraj mencipta sejarah tersendiri menewaskan pesilat Uzbekistan untuk bawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.